Ahad, 10 Julai 2011

Mengapa berdemonstrasi ?

.Kelmarin parti pembangkang telah mencalit satu lagi
najis yang amat busuk di ibu negara dalam sejarah mereka.

58 tahun Pas ditubuhkan dan parti itu kelmarin sendiri telah terpalit najis mughallazah setelah bersekutu dengan Pkr dan Dap.

Jika Fuad Hassan dan Fadzil Noor masih hidup tentu perbuatan tersebut akan ditegah sepenuhnya.

Kini Pas sudah tercemar teruk kerana terpengaruh dengan gaya dan politik bawaan Al juburi.

Dap sedia maklum kerana mereka memang sinonim dengan demo, lihat balik sejarah 13/5/1969.

Media asing semalam telah mengambil peluang untuk menokok dan memburukan imej negara. Buktinya Guardiannews United Kingdom, Skynews dan banyak lagi telah mengambil peluang untuk memburukan imej negara.

Punca sebenar demo kelmarin ialah mereka ingin meneruskan political mileage supaya terus mendapat sokongan rakyat.

Ini kerana tiada lagi pilihanraya kecil sekiranya ada kekosongan akibat kematian atau sebab-sebab lain.

Oleh itu untuk mengekalkan momentum politik sempit mereka demonstrasi Bersih 2.0 terpaksa dibuat.

Jika demo Bersih 1.0 yang dibuat pada hujung tahun 2007 berjaya menarik hampir 50 ribu orang berdasarkan fakta mereka, kali ini mereka mengharapkan 100 ribu kehadiran rakyat.

Anwar pula mengharapkan 300 ribu rakyat turun untuk menyokong mereka.

Ambiga pula telah mendapat dana sebanyak 5 juta USD untuk melakukan tugasnya. Pas dapat apa? Baju T yang sepatutnya diberikan secara percuma pun Pas terpaksa jual untuk mengumpulkan dana pilihanraya.

Hari ini Ambiga bergelar jutawan seperti Anwar, Pas dapat apa?

Published with Blogger-droid v1.7.1