Rabu, 27 Julai 2011

Pas kluk klek pas pis pus

Pas ditubuhkan secara sah pada 4 April 1956 setelah Fuad Hasan kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Presiden Umno.

Pas juga memusuhi Tunku kerana tak bersetuju dengan draf perlembagaan persekutuan yang membenarkan rakyat British seperti Cina dan India yang dibawa masuk oleh untuk menjadi rakyat Malaysia.

Pas juga menentang penubuhan perikatan iaitu gabungan Umno, Mca dan Mic.

Pas sebuah parti yang desperate untuk menewaskan Umno sejak awal penubuhannya akhirnya sudi duduk bersama Umno dalam BN selama 4 tahun dari 1974 -1978.

Bagaimana Sikap Radikal Pas yang ekstrim menyebabkan Tun Hussien Onn terpaksa memecat Pas dari BN.

Kluk Klek Pas berterusan dalam tahun 89 -96 dengan menyertai Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif 1999-2004 dan Pakatan Rakyat 2008 hingga kini.

Dalam Parlimen pula Pas hanya mempunyai 23 daripada 222 kerusi.

Apakah nasib Pas akan datang setelah kemunafikan mereka berjaya dilondehkan.

Selama ini mereka yang bermaharajalela menghentam BN dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Pas adalah parti Radikal yang amat bahaya kepada bangsa Melayu dan agama Islam berfahaman Sunnah.

Ini kerana dalam Pas wujud elemen Wahabi, Khawarij dan Syiah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.