Ahad, 31 Julai 2011

PM JALANI PEMBEDAHAN LUTUT DI HKL ESOK( 01/08/2011)

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini
mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.
Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak
mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam. Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.
Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk
pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani
pembedahan.
Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir
bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.