Ahad, 24 Julai 2011

PPP kena hormat BN Sarawak

Kavies sangat berminat untuk masuk mengembangkan sayapnya ke Sarawak.

Tindakan PPP dilihat satu langkah kurang bijak. PPP boleh memecah belahkan lagi politik Sarawak yang sudah pun dimasuki angin ahmar akibat kedatangan PKR, PAS dan DAP.

PPP sepatutnya membantu BN Sarawak yang sedia ada supaya lebih kuat dan lebih berdaya saing.

Jumlah penduduk Sarawak bukan lah besar tetapi keluasan negeri tersebut yang akan membuatkan PPP terkucil ditengah jalan.

PAS satu satunya parti yang masuk ke Sarawak sejak 1980 tetapi hari ini hanya sebagai tukang sapu jalan kepada DAP sahaja.

Tugas Pas ialah mendapatkan sokongan Melayu Islam dan Bumiputera dikampung atau pedalaman sahaja. Ia kerana Dap hanya mampu menguasai kawasan bandar sahaja.

Oleh itu hentikan lah cita-cita PPP untuk terbang di bumi kenyalang. Kuatkan dahulu di Semenanjung yang kini diibaratkan telur dihujung tanduk.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.