Ahad, 24 Julai 2011

Pas Melaka hypocrite

Kira-kira 200 ahli Parti Ajaran Sasau telah membuat demontrasi kononnya mewakili umat Islam Melaka membantah tindakan kerajaan negeri melanjutkan masa operasi pusat hiburan sehingga jam 3.00 pagi.

Melaka merupakan sebuah negeri yang menjana pendapatan negeri melalui pelancongan dan sudah tentu dengan melanjutkan tempoh masa akan dapat menambah pendapatan pengusaha pusat hiburan dan juga membendung pelancong berpeleseran tanpa tujuan.

Cuma kesannya ialah restoran mamak 24 jam akan kekurangan pelanggan antara 1.00 hingga 3.00 pagi.

Sebelum ini Pas memuji tindakan Kedah yang membenarkan pusat hiburan dibuka pada bulan puasa. Konon cerita Islam adalah agama adil dan tidak menyekat hak orang bukan Islam untuk berhibur.

Ustaz Musa Mohamad berkata tindakan kerajaan Melaka melanjutkan operasi pusat hiburan sebagai biadap dan mencabar hukum Allah.

Bagaimana pula halnya di Selangor dan Pulau Pinang yang terkenal dengan pusat hiburan ekstrem seperti Hong Kong dan Taiwan?

Kedua-dua negeri tersebut adalah negeri milik Pas juga selepas PRU 12. Tidakkah Pas terasa nak buat demontrasi seperti yang dibuat oleh Pas Melaka?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.