Sabtu, 16 Julai 2011

Sedikit kisah tangkapan berShit 2.0

Kanak-kanak dijadikan perisai
Kelantan

Statistik tangkapan berShit ini disiarkan dalam akhbar tempatan Selasa lepas. Demo haram yang dianjurkan oleh Pas, Pkr dan Dap pada Sabtu lalu bersamaan 9 Julai 2011.

Jumlah tangkapan ialah 1605 orang, lelaki mencatatkan angka tertinggi iaitu 1448 orang, diikuti oleh wanita seramai 140 orang dan kanak-kanak di bawah 12 tahun seramai 17 orang.

Cuba lihat pula data mengikut negeri, TM tertarik dengan 3 negeri sahaja iaitu, Terengganu 313 orang, Perak 206 orang dan Kelantan 97 orang.

Kenapa Terenggau dan Perak ramai?  Ramai kerana Pas Perak dan Pas Terengganu hangin satu badan kerana gagal mempertahan negeri tersebut. Terenggau Pas tewas pada Pru 11.

Perak pula, mereka kehilangan majoriti setelah 4 Adun  ( 2 Dap dan 2 Pkr ) keluar parti. Pas walaupun hanya dapat 6 kerusi dun tetapi megah tak bertempat kerana Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar.

Kelantan pula negeri milik Tok Guru mencatat jumlah yang rendah walaupun Nik Aziz  adalah manusia yang paling ganas dan paling galak menghasut rakyat supaya berdemontrasi.