Jumaat, 22 Julai 2011

SPRM Buat Penambahbaikan

SPRM kini merakam keterangan saksinya secara rakaman keterangan bervideo khas atau VIR.

Itu antara penambahbaikan ketara dilakukan SPRM sejak kes kematian Teoh Beng Hock, selain keselamatan saksi atau suspek dipertingkatkan hingga selesai perbicaraan.

Azmah Dahari ada butirannya.

Tidak dapat dinafikan kematian mendiang Teoh Beng Hock memberi cabaran kepada SPRM untuk lebih berhati hati mengendalikan siasatan kes.

Atau lebih tepat cara merekodkan keterangan dan mengendalikan suspek mahupun saksi.

Kerana realitinya dalam keadaan tertekan manusia boleh bertindak apa saja untuk melepaskan diri daripada masalah.

Tidak mahu kejadian berulang penambahbaikan dilakukan badan bebas itu.

Di bilik mengambil keterangan saksi biasa, kamera dipasang di tiga sudut.

SPRM juga kini mempunyai bilik rakaman keterangan bervideo khas, VIR, terletak di aras bawah tanah untuk menemuduga saksi dipercayai memberi keterangan palsu atau saksi berkemungkinan sebagai suspek dan suspek.

Ketika ini kemudahan bilik khas hanya ada di Putrajaya dan SPRM cawangan Perak dan akan dibina berperingkat di seluruh negara.

Pihak yang ditemuduga juga boleh minta salinan rakaman.

Bagi prosedur kendali saksi pula kaedah menemuduga lebih kepada psikologi.

DATUK ZAKARIA JAAFAR / TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGURUSAN DAN PROFESIONALISME SPRM.
Antara pendekatan kursus yang kita tekankan ialah pendekatan psikologi dalam interview saksi kedua pendekatan hak asasi saksi dan suspek kita kena tau hak dia dan jaga.
 

Semua itu diseimbangkan lagi dengan 42 manual prosedur siasatan.

Ia termasuk merekodkan aduan, pembukaan kertas siasatan dan buku catatan siasatan.

Melalui RMK9, RM4.25juta dibelanja bagi memasang kamera litar tertutup di semua pejabat SPRM.

Menerusi Twitternya, orang ramai kini boleh mengikuti perkembangan sebarang kes rasuah dibawa SPRM ke mahkamah.

Turut dimuatkan prosiding suruhanjaya kematian Teoh Beng Hock .

Azmah dahari/azaazie@tv3.Com.My
Hakikatnya penambahbaikkan sering dilakukan, dan kematian mendiang Teoh Beng Hock adalah sebahagian daripada pencetusnya, namun penambahbaikkan dilakukan mengikut keperluan perundangan bagi memantapkan lagi perkhidmatanSPRM yang sedia ada.  Azmah Dahari TV3.