Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Malaysia untuk setiap kedai kopi dan kantin

Utusan Malaysia atau nama asalnya Utusan Melayu adalah wadah perjuangan Melayu yang berjaya membangkitkan semangat untuk membebaskan negara daripada penjajahan British,

Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.


Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan

Hari ini Utusan Malaysia adalah musuh utama kepada Parti Pas. Sehingga mereka bersama Pkr sanggup membakar akhbar yang dilabelkan sebagai Utusan meloya.

Ini lah sifat munafik Pas yang mengaku sebuah parti Islam tetapi membawa fahaman setan dan iblis.

Walaupun pengedaran Utusan menurun tetapi pembaca secara online semakin hari semakin bertambah.

Hari ini TM ingin mencadangkan supaya ada pihak membeli Utusan secara pukal dan mengedarkan secara percuma kepada semua kedai-kedai kopi di bandar-bandar kecil dan juga di kampung-kampung.

TM juga amat berterima kasih kepada YB Dato Mohammad Zahir Adun Kamunting yang menaja akhbar tersebut ke beberapa buah sekolah di kawasan Dun Kamunting.

Walaupun usaha beliau diperlekehkan dan dipandang hina oleh guru-guru dan ustaz Pas , namum beliau tetap menaja atau memberikan secara percuma.

Mereka yang mencebik bila melihat akhbar tersebut, kadang kala sembunyi-sembunyi baca dan ada yang angkut balik ke rumah.