Isnin, 29 Ogos 2011
AWASILAH JARUM MAUT- MAT SABU ADALAH JARUM DAN DAP ADALAH RACUNNYA
"Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana," katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini. - inilah reaksi terbaru Mat Sabu yang dah mula menggelabah apabila pelbagai pihak menghentam beliau akibat daripada ceramah bodohnya di Padang Serai pada 21 Ogos yang lalu. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"
Saya hanya melihat Mat Sabu tak lebih dari seperti seorang badut di dalam isu komunis ini. Beliau hanya tahu memainkan sentimen untuk menaikkan kebencian serta kemarahan orang Melayu. Bercakap ikut sedap mulut, mengkaji fakta sejarah yang naïf, sonsang lagi menyesatkan, tiada adab sopan dalam pengucapan awam dan pelbagai perkara jelek yang ada pada pada pidatonya. Kalau diukur secara ilmiah maka entah berapa markah yang boleh diberikan kepadanya.Itulah Mat Sabu- Timbalan Presiden PAS yang telah memalukan PAS sebenarnya. Kalau saya seorang ahli PAS, malunya saya mendapat seorang Timbalan Presiden yang tiada kualiti seperti ini!
Logikkah seorang ahli politik veteran boleh lupa atau tak ingat tentang apa yang telah diucapkannya? Kalau Mat Sabu tak ingat, beliau boleh merujuk kepada pelbagai sumber yang ada. Sekarang ni zaman IT daan Mat Sabu boleh menggunakannya untuk mendapatkan salinan asal ucapan beliau itu. Itulah kalau hati tu dah kotor, maka Allah akan padamkan sedikit demi sedikit ingatan kita.
Saya melihat Mat Sabu adalah umpama sebatang "jarum" yang telah digunakan oleh pihak-pihak yang anti-Melayu terutamanya DAP. Mat Sabu pula dengan rela hati amat suka menjadi jarum itu secara sedar. Beliau begitu bangga apabila jarum itu akan memberikan suntikan maut kepada orang Melayu. Mat Sabu tahu bahawa DAP adalah racun yang ada di dalam jarum itu dan Mat Sabu amat sedar akan perkara itu. Tetapi apakan daya Mat Sabu telah dibeli oleh DAP maka tak hairanlah perbelanjaan rawatannya ditanggung. Maka sebab itulah kalau kita tengok Mat sabu rela membuntuti Ambiga seorang India yang juga anti Melayu semasa perhimpunan Bersih tempohari. Sekarang Mat Sabu rela mengangkat darjat komunis pula. Komunis adalah pahlawan Negara dan pasukan polis Bukit Kepong adalah pengkhianat Negara. Ini adalah fakta sejarah yang baru ciptaan beliau. Syabas Mat Sabu!!
Mat Sabu secara sedar amat tahu tentang kesan yang akan berlaku apabila jarum maut itu disuntikkan kepada bangsa Melayu. Melayu akan menjadi lemah, berpecah belah lebih teruk dan akhirnya bangsa Melayu akan menjadi minoriti di dalam politik. Kuasa politik Melayu lemah dan akhirnya kuasa dan tampuk pemerintahan akan bertukar tangan. Apakah Mat Sabu akan menjadi Perdana Menteri jika orang Melayu bukan lagi dominan? Saya rasa bangsa lain pun akan merasa malu jika Mat Sabu yang menjadi Perdana Menteri. Tidak ada kualiti langsung
Saya harap Mat Sabu akan sedar bahawa sebenarnya dia sendiri akan turut terkorban jika jarum itu berjaya melakukan suntikan mautnya kerana Mat Sabu juga adalah orang Melayu. Janganlah ingat seronok sekejap sahaja tapi akhirnya kita hilang segalanya. Janganlah asyik bermimpi wahai Mat sabu, bukalah mata kamu dan jangan asyik memperlekehkan bangsa kamu sendiri.. Kamu tu bukannyaorang putih..
Jagalah perpaduan dan kekuatan bangsa Melayu kita.
Mukther Rizam Bin Ahmad
Ketua Penerangan
Perkasa Daerah LMS
29 Ogos, 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.