Jumaat, 26 Ogos 2011

Azmil Mustafa jahil ilmu tetapi berlagak pandai

Lebih sejam mendengar celoteh Azmil Mustafa atau lebih dikenali sebagai Ali Setan, jelas menunjukkan beliau buta sejarah dan kurang ilmu dunia dan juga ilmu agama.

Ali Setan masih ada ruang untuk membetulkan dirinya. Jika beliau sanggup berhijrah sehingga ke Syria untuk menuntut ilmu agama, rasa tidak menjadi masalah untuk beliau belajar sejarah daripada Prof Dr Ramlah Adam,   Prof Emeritus Khoo Kay Kim dan lain-lain yang mempunyai phD.

Seandainya beliau ditarbiahkan oleh pakar-pakar sejarah, Ali Setan kemungkinan besar akan tarik hand brake dan mengakui kesilapan dan kedangkalan beliau dalam mengulas isu perlembagaan persekutuan yang dibuat oleh suruhan jaya Reid.

Ali Setan tak tahu bahawa sebahagian daripada isu kandungan perlembagaan tersebut adalah hasil pemikiran ulama-ulama yang ada di bumi Malaya.

Draf perlembagaan tersebut terpaksa diserahkan kepada kerajaan Bristish dan banyak pindaan dan ubahsuai dibuat untuk diterima pakai oleh negara sebelum British bersetuju untuk memerdekakan kita.

Lord Reid sebagai pengerusi suruhanjaya pun dibantu oleh 4 pakar dan dua pakar perundangan dari India dan Pakistan, mereka ialah Hakim B Malik merupakan seorang bekas Ketua Hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad, India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

Suruhanjaya ini hanyalah menulis semula perlembagaan agar bersesuaian dengan istilah-istilah atau term dalam perundangan dalam bahasa Inggeris.

Ali Setan juga patut tahu bahawa British sendiri tidak mempunyai perlembagaan bertulis,perlembagaan mereka dipratikan secara lisan dan Istana adalah sumber rujukan tertinggi.

Dalam bab persekolahan pula , Ali Setan lagi menyimpang jauh ke laut. Mungkin Ali Setan tak pernah dengar atau tak pernah tahu  Laporan Barnes1950 , Laporan Fenn Wuu 1951, Laporan Razak 1956, Rahman Talib 1960, dan akta pelajaran/pendidikan negara.

Paling malang ialah apabila Ali Setan tidak tahu Dasar Ekonomi Baru yang sangat berjaya membasmi kemiskinan orang Melayu. Ali Setan patut pergi ke bertemu dengan tokoh-tokoh negara yang telah membangunkan RIDA dan MARA. Paling senang sila rujuk kepada Tunku Ahmad Rithauddin tanya dia tentang dasar-dasar DEB atau lain-lain  veteran dan tokoh negarawan yang masih hidup.

Ali Setan memuji sistem pendidikan di Syria yang lebih fokus kepada Ilmu agama atau ilmu Allah. Ali Setan lupa bahawa belajar ilmu perubatan, ilmu fizik , ilmu Hisab yang ada di universiti-universiti di Barat semuanya adalah berasal dari negara Islam.

Ali Setan patut juga mengkaji sejarah ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al Razi dan Al- Zahrawi Pakar Bedah
Ali Setan harus ingat bahawa sakit jantungnya dirawat oleh siapa?

Paling lucu apabila beliau menyebut manusia hari ini lebih mengagungkan Sultan Mizan daripada mengagongkan Allah. Ini salah sangat-sangat. Ali Setan kena belajar bab yang ada kaitan dengan pemimpin negara atau ulil amri. Ali Setan patut fahami firman Allah di bawah ini.


"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik." (4:59)

Cukup lah takat tu.....sapa nak komen sila kan,,,,,tq

31 ulasan:

  1. tula dia xpaham perlembagaan ckp mcm orang mabu je.sejarah xbelajo.dia ingat lord reid je ke yg gubal perlembagaan.lord reid hanya lead the commision.ade dua ahli yg islam.sorang dr india dan pakistan.hakim dr pakistan ni la yg berkeras supaya peruntukan mengenai islam dimasukkan.psl deb ni jgn jadi bangang.dia pegi belajo kat us dulu kalau x kerana dasar deb jgn harap dia nk jejak kai ke us.haram jadah ostad celup ni

    BalasPadam
  2. Salam Tuan ...

    Jauh sekali apa yg dibuat oleh Azmil itu dikategorikan sebagai majlis ilmu ... hanya mencaci dan mencela ... mempamerkan bahawa diri sendiri hidup dgn penuh kebencian ... apa yg ambo bolhe kata ... KESIAN!!!

    Cuba dengar sekali lagi ... Azmil ada mengeluarkan perkataan yg membawa maksud "Allah pun fed up" ... adakah memberi sifat putus asa kpd Allah boleh menggugurkan syahadah ... ambo hanya mintak kepastian ...

    BalasPadam
  3. Salam NUR Ramadhan,

    Blog ini antara blogger hebat yg diperakui tlh mencetuskan persaingan sengit di dalam dunia media maya politik tanah air.

    Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..

    JOURNEYMAN
    The author of kl pos portal

    http://journeyisman.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. kupasan berilmiah sebegini sepatutnya diamalkan oleh blogger2 lain dalam entri mereka agar kita semua mendapat manfaat darinya.

    BalasPadam
  5. Taiping Mali.....saya belajar sesuatu dari tulisan diaatss. Trima Kasih.
    Pemikiran seperti Azmil majoriti dgn org2 melayu. Kenapa org seperti Azmil bermaharajalela? Kerana tahap yg menerima Azmil sama pemikiran dgnnya.

    BalasPadam
  6. Nasihat pada Azmil...

    Hormatilah ilmuan yg khususnya yg berauthoriti yg dilantik Raja raja Melayu...

    Buatlah rujukan pada mereka yg lebih arif dan matang dalam dakwah.....

    Orang ramai perlu faham... penceramah perlu jemputan... lagi banyak jemputan lagi banyaklah habuannya.
    Nak dapat jemputan perlu popular dan subjeck subject yg membangkitkan rangsangan walaupun tidak tepat penyampaiannya.

    Untuk popular penceramah akan buat gimik dan hentakan dgn isu isu atau perkara yang panas ..iaitu memperlekehkan ilmuan yg sedia ada dgn cara halus..ia ittu seolah olah dialah seorang memperjuangkan sesuatu sedangkan yg lain lena,,,

    Jadi apa yg berlaku ini adalah ulangan dari penceramah dahulu dan pendatang baru...dalam meletakan diri dalam komoditi pentas ceramah...

    Orang ramai perlu tahu dad diantara mereka tak layak memegang jawatan kerani atau pegawai dlm JPA sebab SPM yg buruk...jadi banyak asas fikrah mereka kurang daya...maka terjadilah pandangan dangkal...kurang hurmat ahlib Agama yg cemerlang(inferior complex sebab fikrah yg lemah dan tak berdisiplin Ilmu)

    Mereka (Pencerita ini) amat faham akan hal ini...tapi diminda mereka nak cari makan cara mudah...dan Orang melayu memang senang dijual sebab kurang sikap membaca...

    Sedarlah tuan tuan... rujukan kita adalah Mufti...ini dalam syara .

    Awasi gulongan yg menjadi pencerita panas..cepat cepat tinggalkan majlis bagi mengelakkan subahat dalam perkara cacat sifatnya....rujuklah pada Mufti yg mantap ilmunya...

    Hperancis

    BalasPadam
  7. Pelakon tetap pelakon..

    BalasPadam
  8. at least dia hijrah untuk ke arah jalan allah .... ingat ke bekalan untuk akhirat... kita nie...masih lalai dgn dunia...... muhasabah laaa semua.

    BalasPadam
  9. tahap azmil ni ilmu cukup untukk dirinya sudah lah. tak payah nak menjadi pendakwah kalau ilmu tak cukup. kita manusia biasa perlu banyak belajar. kita bukan nabi yang mendapat wahyu Allah.

    BalasPadam
  10. ilmu akhirat dan ilmu dunia yg membawa kebaikan adalah satu tuntutan agama, kalau org islam tidak perlu menuntut ilmu macam mana umat islam akan maju utk bersaing dgn umat yg lain dan yg lebih penting dpt membantu sesama islam.
    kalau hanya ilmu akhirat saja yg penting buat apa awak belajar sampai ke us, awak buat pembedahan jantung pun dgn dokter islam, adakah awak sanggup sarankan kepada semua pakar2 islam dalam berbagai bidang didunia ini supaya meninggalkan bidang masing2 dan hanya tumpukan kepada ilmu agama saja.

    jgn sombong dan riak dgn serban dan janggut yg ada, dalamilah ilmu yg boleh membawa kebaikan kpd diri dan masyarakat...
    bukannya ilmu memaki, menghina dan menyalahkan org lain...

    BalasPadam
  11. mmg jenis dasar anak setan mana nak dgr cakap org....ingat la masa ko tersedak kat syria...duit sapa yg ko mintak tolong rakyat malaysia anak melayu kan...ko jgn jadi melayu yg sial...lupa jasa org...

    BalasPadam
  12. PUN SAMA CAM BOB LOKMAN GAK! NAK WAT CAMNA GUNA PENTAS AGAMA/MASJID KASI HENTAM SESAMA ISLAM... aku pun tak tau nak kata apa lagi...

    BalasPadam
  13. Setelah aku dengar tazkirah Ali Setan ni, jelas la ilmu dia tdk seberapa..ternyata tahap ilmu yg. dia ade nak bimbing diri dia sendiri pun belum cukup....masih byk yg. perlu dia pelajari ...sebelum dia turun 'padang' nenasihati org. org ramai ...Ape yg. beliau sampai boleh mengelirukan terutama kpd masyarakat yg. mempunyai tahab ilmunya serupa dia...Oleh itu saya berharap pihak berkuasa agar segera menyekat beliau dari seterus menyampaikan ceramah yg. boleh mengelirukan org ramai dan mencemar imej Islam

    BalasPadam
  14. tak semestinya berserban berjanggut, lebih segala2nya daripada orang lain...berhijarah tu baguslah tapi jangan sampai menyesatkan... inu dunia sebenar bukan lakonan!...dan orang lain semua tak betul...bila campuraduk politik itulah jadinya...asyik menyalahkan orang saja!!!!

    BalasPadam
  15. Tazkirah yg langsung tidak berhikmah, nampak seperti alim tp yg jelas ialah kejahilannya Jgn la kita merasakan diri kita lebih baik & lebih pandai, mudah ckp jgn riak & sombong. Lebih baik muhasabah diri & bermujahadah agar tidak tergelincir iman & dijauhkan dari dosa dgn menyangka segala kebaikan diri & amal kita tlh diterima oleh Allah s.w.t. Saudara azmil pasti ke begitu??? Sdh tentu tidak, jd elok la kalau kita tidak pandai jgn la kita memandai2..

    BalasPadam
  16. tulah azmil hang dah buat pahlawan melayu marah..hang tau tak hanya melayu masuk syurga..

    BalasPadam
  17. kesian, betul tak. niat hati tu betul nk jadi pendakwah. menuju jalan yg diredhai Allah. tp dgn sengaja menyimpang. knp dia memilih nak kutuk org tu, nk maki org ni, tu tak betul, ini tak kena. pendakwah apenya kalau mcm tu. kt syria cara dakwah mcm tu ke? kalau rasa masih bebal, belajar dulu. kalau sengal pegilah allignment dulu. ingat awak tu sakit jantung, belum sembuh betul. dgn terbatuk2 sempat lg maki hamun apa yg dia tak setuju. kesian, kesian. sekali tengah maki org, Allah tarik nyawa. tak pasal2 pegi neraka. azmil...azmil. zaman muda ko tu dulupun bukan elok sgt. bersepah gambar tak senonoh ko dgn pompuan bukan muhrim ko. ke memang ko mengidap sakit otak? lupa sejarah hidup ko dulu...

    BalasPadam
  18. anom 9.29
    ni sorg lg bangang, ckp perli2 konon hanya melayu masuk syurga. Sukati mak bapak dia je nk ckp fsl syurga neraka, dasar otak berkarat.

    BalasPadam
  19. AZMIL BUKAN ORANG YANG BERILMU JADI KENAPA JAWATAN KUASA MASJID DAN SURAU JEMPUT BELIAU MEMBERI CERAMAH? DAN DIA JUGA TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH DARI MANA-MANA PIHAK BERKUASA AGAMA,JADI APA YANG BERLAKU SEKARANG INI DIA DIJEMPUT OLEH PARTI PEMBANGKANG UNTUK MAKI HAMUN KERAJAAN DAN MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU SAHAJA.

    BalasPadam
  20. bro..panggil saya ceramah lagi best...apa topik mau..semua blh cover pya...tepen mali talak sombong..kami umno ilmu paling hebat di dunia n dakwah paling berkesan di nusantara..terbaikk..umno terus maju bebbb..

    BalasPadam
  21. lagi baik kita bagi mb dr zamri bagi ceramah bab agama..dia tu lulusan mesir..dato tajuddin pakar syariah..ilmu di dada tebal beb depa tu,

    BalasPadam
  22. Bila masjid dikuasai oleh politik Pas, macam tu lah jadinya. Bukan nak kembangkan ilmu Allah tetapi kembangkan pengaruh politik, tak ada tauliah pun boleh, tak ada 4 senawi pun tak apa.

    BalasPadam
  23. kalau umno kuasai masjid zohor dgn isyak pun x sembhyang....melayu lord read

    BalasPadam
  24. tolong buktikan dimana masjid tu..

    BalasPadam
  25. TAIPINGMALI (TM) berkata...
    tahap azmil ni ilmu cukup untukk dirinya sudah lah. tak payah nak menjadi pendakwah kalau ilmu tak cukup. kita manusia biasa perlu banyak belajar. kita bukan nabi yang mendapat wahyu Allah.
    26 Ogos 2011 6:45 AM.....

    SETUJU dengan pandangan Taiping Mali.. Wa caya lah sama lu !!!!!

    BalasPadam
  26. siapa dia azmil tu nama gelaran pun dah setan,memang tak salah gelaran tersebut diberikan padanya. apa asas ugama yang dia ada sebenarnya didah pokai tu sebablah jadi peceramah fitnah. kebanyakan orang suka pada fitnah.

    BalasPadam
  27. samada ilmu azmil ni tinggi atau tidak. . dikategorikan isu lain kerana

    yang jelas dan pasti apa yang telah dia perkatakan itu adalah hakikat dan kenyataan yang mungkin tersangat pahit untuk diterima / ditelan oleh sesetengah pihak terutamanya pihak yang mencintai iblis syaitan dan api neraka. .

    lebe2 lagi nada dan bahasa dia yang agak kasar tapi telah mampu menyentap jiwa, menusuk kalbu, mencengkam sanubari dan membuatkan penyokong setia 'british' kepanasan seperti babi tonyok berlendiaq d salai

    kira azmil ni kategori orang yang berani (bukan macam besi berani - berani ikut 'kutub' je) menyatakan yang haq dan benar. . syabas (bukan syabas syarikat bekalan air selangor tau) dan tahniah (bukan takziah le ye)

    BalasPadam
  28. Syabas Azmil!!..Kamu berani kerana benar..

    BalasPadam
  29. tak semestinya berani itu benar takut itu salah, ulama itu seorang yang berpengetahuan agama yang tinggi, berhemah, tidak riak dengan ilmunya dan disegani, ini dahla nama setan macam setan juga perangai

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama berkata...

    Syabas Azmil!!..Kamu berani kerana benar..
    9 September 2011 4:18 PM

    TUAN CUKUP BAGUS KERANA BERANI MENGAKUI KEBODOHAN DIRI ANDA SENDIRI DAN SAMA LEVEL DENGAN ALI SETAN YANG TAK LULUS SPM TU.

    BalasPadam
  31. Apa maksud peruntukan 4(1) dalam PP tu. Bukankah PP lebih tggi dari alQuran ?. Kita ni hebat sangat kah, cukup ilmu sangatkah. Cermin2 dirilah tuan..

    BalasPadam