Rabu, 17 Ogos 2011

FITNAH MAK LAMPIR MENGENAI PROJEK KAD PENGENALAN

Program pemutihan patut dihentikan degan segera!


PALSU DAN CIPTAAN PKR
WANITA KEADILAN menuntut supaya program pemutihan 6P yang kini sedang dijalankan oleh Umno/Barisan Nasional dihentikan serta merta dan satu siasatan di peringkat tertinggi dibuat untuk memastikan program ini tidak mencabul kedaulatan negara.
TULEN

Setakat ini, pelbagai bukti telah dikemukakan berkenaan kewujudan pengundi-pengundi yang diragui dalam senarai pengundi. Bukti-bukti ini dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu dan mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno/Barisan Nasional sedang menyeludup pengundi-pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing.

Wanita KEADILAN telah berjaya menyelinap masuk ke dalam sindiket program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu dari syarat proses pemutihan. Wanita KEADILAN sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai.


Tindakan ini dengan jelas mensabitkan program pemutihan 6P dengan muslihat untuk menjual kedaulatan negara semata-mata untuk menjamin kelangsungan kuasa Umno/Barisan Nasional yang semakin ditolak rakyat. Seluruh rakyat Malaysia yang waras dan sayangkan negara tahu bahawa muslihat ini adalah satu bentuk pengkhianatan yang dijalankan oleh Umno/Barisan Nasional.

Wanita KEADILAN sedang berusaha untuk mendekati pendatang-pendatang asing yang telah melalui proses ini untuk tampil ke hadapan memberi keterangan, walaupun sukar kerana keselamatan mereka terancam. Bukti sedang dikumpul dan akan didedahkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Muslihat Umno/Barisan Nasional ini akan tersebar luas dan akan menaikkan lagi kemarahan rakyat. Jika pimpinan Umno/Barisan Nasional masih ada saki baki maruah, mereka akan menghentikan pengkhianatan ini serta merta sebelum lebih banyak bukti dibentangkan kepada rakyat.

Saya juga mencabar pimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan lain-lain untuk menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi-pengundi hantu atas alasan pemutihan pendatang asing yang dijalankan secara besar-besaran oleh Umno ini. Jika mereka terus berdiam diri, mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara ini.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/program-pemutihan-patut-dihentikan.html#ixzz1VG6lwFWU