Khamis, 4 Ogos 2011

PAS DEMAM KOOORAAAK

Harun Taib pandai dok tuduh Umno paksa ulama ikut umno, Oiii cermat sikit mulut lah......kerajaan ada Mufti, ada majlis fatwa......hang tau apa....Pas ada ularmak saja.....Ulamak Pas tolak tepi...tak percaya tengok sendiri Dr Harun Din dan Taib Azamudin. Mereka adalah tokoh ulama dalam Pas yang terpinggir. Dr Harun Din dan Dr Azizan pun kecewa kerana Mat Sabu yang haprak boleh diangkat jadi Timbalan Presiden.
Mat Sabu Kaki Temberang

Sakit Jantung mengingatkan masalah Pas

Hadi Bengong dok ikut Aljubury

Din Pudu dan Mat Put pakai cakap RPK.
Din Pudu Raya pun satu hal......tolak ulamak Pas dan pakai cakap RPK.....yang munafik.
Umno patut ikut ulama, bukan sebaliknya
Harakahdaily

Bengong tak ketahuan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa pemimpin Umno sepatutnya yang mengikut ulama, bukannya menyuruh ulama mengikut parti itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Hukum: Ulama dinasihat tidak berpihak kepada parti politik”.

Zahid dipetik berkata, “berilah nasihat tanpa kira kumpulan atau parti politik tertentu. Bukannya jika sesuatu parti itu membuat maksiat, ulama yang memihak kepada parti itu membiarkannya tetapi bertindak sebaliknya jika parti lain membuat perkara sama”.

Menurut Ustaz Harun orang yang bukan ulama hendaklah mengikut para ulama muktabar dan meminta nasihat daripada mereka dan bukannya mengarahkan para ulama mengikut telunjuk Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta agar Ahmad Zahid jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul.

Seterusnya beliau menjelaskan tentang peranan ulama seperti mana yang diriwayatkan di dalam hadis dengan berkata, “seperti mana yang diriwayatkan di dalam hadis, ulama di atas muka bumi ini saling tak tumpah seperti bintang di langit, mereka dijadikan petunjuk oleh sesiapa berjalan di darat dan di laut, jika bintang tersebut tidak ada, maka hilangkan panduan bagi mereka yang berada di darat dan di laut”.

“Ulama yang muktabar ialah ulama yang mempertahankan dan menyampaikan kebenaran berdasarkan sumber al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.,” ujar beliau lagi yang juga Adun Manir.