Selasa, 23 Ogos 2011

Kerajaan Pakatan Haram Pkr, Pas dan Dap wajar bubar dewan Dun Selangor.

Tindakan kerajaan Pakatan Haram Selangor menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Selangor amat memalukan. 

Sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Selangor YB Tan Sri Khalid Ibrahim perlu bertanggung jawab. Samada beliau meletakkan jawatan atau membubarkan kerajaan dan memberi semula pentadbiran kerajaan kepada Barisan Nasional untuk memerintah sehingga PRU 13.

Isu cadangan penubuhan majlis penasihat syura ialah bagi membincangkan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Mengikut Setiausaha sulit kepada baginda Sultan Selangor,  Datuk Mohamad Munir Bani, apa yang berlaku ialah,


Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja. 

Menurut Mohamad Munir lagi, Sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali. 

Khalid pula buat pindaan dan berkata majlis syura sudah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor. 

Pihak Istana tak perlu memecat Khalid, tetapi sebagai orang nombor 1 dalam kerajaan Khalid perlu berundur.

1 ulasan:

  1. KHALID GEREJA SATU NAMA YANG BODOH DISELANGOR SEKARANG INI KERANA SUDAH BERANI BERBOHONG SEKALI LAGI KEPADA RAKYAT SELANGOR BAHAWA SULTAN TELAH BERSETUJU PERLANTIKAN MAJLIS SYURA,NAMPAKNYA KHALID SEKARANG TELAH MENGHERET SULTAN KEDALAM POLITIK SELANGOR DAN TAK BERAPA HARI NANTI KHALID AKAN MENAFIKAN YANG BELIAU TIDAK BERKATA DEMIKIAN INI SEMUA KESILAPAN YANG DIBUAT OLEH AKHBAR KALAU TAK PERCAYA TUNGGU DAN DENGAR,

    BalasPadam