Ahad, 14 Ogos 2011

Komen Nik Aziz dalam isu larangan Azan di Pulau Pinang




Nik Aziz kata tak elok baca quran atau azan kuat-kuat kerana boleh mengejutkan anak kecil dan menyusahkan orang sakit.

Nak tanya juga kepada Pok Nik; Bagaimana pula aktiviti Pas di Markaz yang dekat dengan rumah-rumah orang. Setiap kali buat ceramah pasang speaker sekuat-kuatnya. Sampai mengganggu kanak-kanak kecil yang nak tidur awal. juga mengganggu orang tuan yang sakit dan memerlukan suasana yang tenang , aman dan selesa.

Ambil contoh di Markaz Pas Kampung Expo Kamunting, Perak. Pernah satu ketika ada program ceramah perdana Pas. Seawal 6 petang sistem pembesar suara sudah mengganggu kejiranan di sekeliling markaz. Bila malam tiba masa berceramah. Volume dikuatkan semaksimum yang dapat.


Akibatnya penduduk sekitar terasa marah dan tertekan dengan kebiadapan Pas Kampung Expo. Anak-anak menangis tak dapat tidur awal. orang tua yang uzur terganggu. Malah Pas dengan riak dan megah bertempik dan memekik-mekik walaupun menggunakan pembesar suara.

Kalau nak bertempik dan menjerit-jerit, gunalah PA system semula jadi...jerit lah sampai putus urat leher pun....tak akan terganggu jiran sekeliling.

Jelas menunjukkan kenyataan Pas terutama Nik Aziz  'cakap tak serupa bikin'.