Isnin, 15 Ogos 2011

KUMPULAN PRO PAS DAN PKR ADA DALAM JAWATANKUASA FATWA PULAU PINANG








DR WAN SALIM BEKAS PENSYARAH ILMU KEMANUSIAAN USM , MERUPAKAN SEORANG YANG PRO ANWAR DAN PKR
TUAN HAJI ROSLI BIN OTHMAN ( UNIT DAKWAH JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG. SUMBER TERDEKAT DI JPN DAN SEKOLAH MENYATAKAN BELIAU SEORANG YANG KUAT MENGKRITIK KERAJAAN DI BELAKANG TABIR)
BAGAIMANA AHLI MAJLIS FATWA TERDIRI DARIPADA SESEORANG YANG ADA KEPENTINGAN DALAM FAHAMAN POLITIK SESUATU PARTI?)
HANYA SATU HADIS SAHAJA DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK DIBUAT FATWA


RUJUKAN 1.





ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL

Seksyen 46. Jawatankuasa Fatwa

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada—
(a) Mufti, sebagai Pengerusi;(b) Timbalan Mufti;(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;(d) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Mufti; dan(e) seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha.(3) Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.

(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang, kecuali Mufti dan Timbalan Mufti, yang adalah anggota atas nama jawatan bagi Jawatankuasa Syariah yang disebut dalam subseksyen (3).

(5) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

RUJUKAN 2

ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa

(1) Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-apa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

(2) Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.

(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.
TIADA PEMBENTANGAN KAJIAN ILMIAH YANG DIBUAT OLEH JAWATANKUASA SEBELUM MEMUTUSKAN KEPUTUSAN FATWA. MENGAPA TERJADI DEMIKIAN?


RUJUKAN 3

ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 47. Kuasa Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan fatwa

Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa Fatwa hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, menyediakan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak.
( FAHAM BETUL-BETUL .ATAS ARAHAN YDP AGONG DAN BUKANNYA ATAS ARAHAN ADUAN RAMAI)

RUJUKAN 4

ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL

Seksyen 49. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat

(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Pulau Pinang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Pulau Pinang tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya
( BERMAKNA IANYA BUKAN LAGI BIDAAH DAN WAJIB IKUT. BAGAIMANA DENGAN KES MASJID YANG TIDAK MAHU IKUT?)

RUJUKAN 5



ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 50. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa
(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).
( BOLEH BATALKAN ATAU PINDA. TEMAN HARAP SANGATDATO SS MUFTI PERTIMBANGKAN DEMI KEMASLAHATAN UMMAH)
RUJUKAN 6
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh apa-apa perbuatan atau amalan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut Perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(5), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini

( PENGERUSI FATWA KEBANGSAAN DAH TEGUR DAN MINTA PERTIMBANGAN SEMULA DARIPADA MAJLIS FATWA NEGERI.MUSYAWARAH CARA TERBAIK ANTARA FATWA NEGERI DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN)




RUJUKAN 7
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL


Seksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu


( PERLU IKUT PANDANGAN IMAM SHAFIE ATAU PANDANGAN 4 MAZHAB ATAU BERIJTIHAD JIKA IANYA BERKAITAN)


WALLAHU 'ALAM.JANGANLAH KERANA PARTI POLITIK YANG SEMPIT ISLAM DIGADAIKAN ATAS NAMA FATWA.

 http://badarkhubro.blogspot.com/