Isinya menceritakan kebaikan Dap dan keburukan Umno Bn. Orang Melayu yang ada dalam Pas dan Pkr perlu baca buku ini, betapa halus dan mulusnya cacatannya sehingga boleh menambat hati orang Melayu menyertai Dap.
Melayu harus ingat Dap adalah komponen Sosialis Antarabangsa yang menolak sistem beraja, sistem beragama dan sistem demokrasi berparlimen.
Adakah kita ingin menjadi hamba kepada sosialis dunia?
MEMBER PARTIES of the SOCIALIST INTERNATIONAL
Full Member Parties
Roketkini.com Bukan Portal Berita Tapi Laman Web
PETALING JAYA: Roketkini.com yang boleh diakses di alam maya mulai Isnin sebenarnya bukanlah sebuah portal berita sebagaimana yang disangka ramai tetapi sebaliknya sebuah laman web DAP dalam bahasa Malaysia sepenuhnya, demikian menurut Ketua Pengarang Penerbitan Roket, Wan Hamidi Hamid.
“Kami sedar, sejak penerbitan Roketkini.com digembar-gemburkan, boleh dikatakan ramai termasuklah pihak media sendiri yang menyangkakan ia adalah sebuah portal berita sepertimana yang lain tetapi hakikatnya kami hanya mempunyai tiga orang staf termasuk saya,” kata Wan Hamidi kepada mStar Online secara berterus-terang sambil meminta para pengikut parti itu tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada pasukannya buat masa ini.
“Kami akan cuba memberikan yang terbaik khususnya dalam melaporkan berita-berita terkini mengenai parti tetapi itu bukanlah konsep utama Roketkini.com,” jelasnya.
Ini kerana, kata Wan Hamidi, laporan di dalam Roketkini.com tidak akan sama sekali mengambil pendekatan laporan pemberitaan terkini tetapi sebaliknya akan memberi fokus kepada tiga bidang khusus buat masa ini iaitu (i) rencana dan wawancara (ii) analisis dan (iii) seni dan budaya.
“Tetapi janganlah salah sangka pula...seni dan budaya yang saya maksudkan di sini bukanlah bermaksud menari dan menyanyi tetapi tentang politik dan kemanusiaan kerana ia berkait rapat dengan budaya politik,” ujarnya.
Menurut Wan Hamidi lagi, hakikatnya ialah Roketkini.com hanya berkemampuan memuat naikkan tiga item berita sehari, dua rencana dan bahan-bahan sumbangan daripada anggota parti.
Apa yang penting katanya, adalah untuk menggalakkan pucuk pimpinan agar menulis dalam bahasa Malaysia sepenuhnya apabila menyumbang untuk laman web ini.
Menceritakan bagaimana idea tentang laman web ini tercetus, Wan Hamidi memberitahu, DAP telah mewujudkan Unit Bahasa Malaysia yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat tentang parti dalam bahasa kebangsaan.
“Bagaimanapun sejak sebulan yang lalu, satu pemikiran yang serius telah diberikan kepada usaha untuk mewujudkan sebuah laman web dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya. Hasilnya, kita cuba untuk jadi berbeza dengan memberikan fokus kepada tiga bidang yang saya sebutkan tadi iaitu rencana/wawancara, analisis dan seni serta budaya,” katanya.
Selain menerbitkan organ parti ‘Roket’ setiap bulan dalam lingkungan 10,000 hingga 20,000 naskhah, Roketkini.com adalah satu usaha untuk menerbitkan bahan bacaan tentang polisi dan dasar parti dalam konteks harian, jelasnya.
Laman web itu, katanya, akan dikaitkan terus dengan laman sosial Facebook.
http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2011/05/adakah-dap-anti-melayu-ulusan-karyaan.html