Sabtu, 13 Ogos 2011

Bila PAS nak bakar The Star?

Baru baru ini akhbar 'The Star' dikecam hebat oleh bloggers pro kerajaan kerana menyiarkan menu babi dalam akhbar mereka di bahagian 'Ramadhan Delight'.

Manakala Pas asyik cover DAP dalam isu murtad di gereja DUMC.

Akhbar 'The Star'  wujud sejak 1971 dan kini berusia 40 tahun adalah milik MCA dan hidup bersama dengan Perlembagaan Persekutuan dan Ikrar Rukunegara

Sepatutnya warga The Star rata-rata anak Malaysia yang lahir selepas merdeka, faham benar akan silang budaya rakyat Malaysia. Apatah lagi agama Islam adalah Agama Resmi Persekutuan tanah Melayu.

The Star tidak boleh kata tak faham, tak tahu atau tak kenal adat istiadat orang Melayu yang beragama Islam. Oleh itu permohonan maaf dan alasan yang diberi gagal memuaskan hati Menteri Amaran.

Pas nampaknya tak berbunyi atau tak mengutuk 'The Star'.  Mungkin bagi Pas 'The Star' adalah penting buat parti Pas. Mungkin Pas bersetuju dengan artikel Ramadan Delight hidangan daging babi.

Mungkin Pas sama macam warga The Star, dangkal, tidak faham atau bahasa mudah bodoh sombong. Kalau Pas marah akan The Star kerana mencemarkan agama Islam, sudah tentu Pas akan buat majlis BAKAR THE STAR di seluruh Malaysia.


Kita tunggu tindakan Pas selepas ini. Kalau tak mahu bakar pun tak ada, kita tunggu kenyataan Hadi Awang terhadap akhbar tabloid itu.