Rabu, 3 Ogos 2011

PERALATAN BUAT KEK LAPIS GUNA BAHAN TIDAK HALAL PERLU DISAMAK



KUCHING, 3 Ogos - Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega "Golden Churn Creamy Butter" yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul

Rahman berkata pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi

memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga

dijual ke pasaran terbuka.

"Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya

perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan," katanya kepada pemberita

selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.

Beliau berkata bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.

Daud berkata pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan

oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut

adalah halal.

Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat

penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.

Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu

memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

"Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain. Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri ini," katanya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.