Ahad, 28 Ogos 2011

Ramadhan dipenghujung, jika dipanjangkan umur berjumpa lagi tahun hadapan

Nampaknya tahun ini wakil rakyat Dap tidak lagi berani masuk ke surau atau masjid. Cuma maklumat yang diterima hanya Lim Guan Eng sahaja yang masih mengunjungi masjid dalam majlis iftar di Pulau Pinang. Kanak-kanak Pasti pula diarah untuk berbaris menyambut ketibaan beliau.

Teo Ni Chin, Hannah Yeoh, Teresa Kok, Chang Ming Kai (Pkr), Xavier, William Leong (Pkr Selayang) sudah senyap dan tak ada berita langsung yang mereka masuk ke masjid.

Dahulu bila Umno buat program iftar dan menjemput pemimpin bukan Islam hadir dan majlis dibuat dihalaman masjid pihak Pas mengukut sekeras-kerasnya dalam ceramah mereka. 

Antara kutukan ialah 'Umno menjadi kafir kerana menjemput kafir masuk ke masjid.' Pada hal majlis iftar dibuat diperkarangan masjid.

Hairan apakah strategi Dap dan Pas dalam bulan Ramadhan tahun ini. 

Mungkin pada hari raya nanti mereka akan tunggu di pintu masjid untuk memberi duit raya kepada jemaah seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat Dap Aulong Yew Tian Woh atau di capek.