6 hingga 10 mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highland, kata MP Cameron Highland Datuk SK Devamany.
Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highland
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang pada hari Ahad, 7 Ogos 2011 telah mengorbankan seorang wanita manakala seorang lelaki dan wanita cedera parah dalam kejadian tersebut.
Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands , kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu membabitkan lima buah rumah penduduk kampong di mana punca kejadian masih belum diketahui.
Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. Mangsa yang cedera telah dikenal pasti sebagai penduduk perkampungan Orang Asli manakala identiti mangsa yang terkorban masih belum diketahui.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Read more: http://foren-6.blogspot.com/2011/08/tanah-runtuh-di-cameron-highland.html#ixzz1UMMLyhac