Ahad, 14 Ogos 2011

Tindakan JAIS tidak sah tetapi perbuatan gereja memurtadkan Islam SAH?

Setelah pihak gereja mendapat sokongan ahli politik Dap, Pas, dan juga Presiden Gerakan iaitu Dr Koh Tsu Khon Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pastor Ho menjadi semakin berani untuk mengkritik tindakan JAIS.

Gereja Methodist Damansara Utama menegaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang telah menyerbu premis rumah ibadat itu secara tidak sah ketika satu majlis makan malam muhibah pada 3 Ogos lalu.


“Pencerobohan, pemeriksaan dan tindakan merampas oleh Jais dan polis dilakukan tanpa autoriti yang betul di bawah undang-undang,” kata pastor kanan gereja Daniel Ho dalam satu kenyataan hari ini.


Ho berkata Jais dan polis telah datang tanpa waran menggeledah dan menceroboh majlis makan malam dan mengganggu program yang dianjurkan.


Semalam, selepas lebih seminggu laporan media, Jais membuat penjelasan berhubung kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang Islam.”


Pengarah Jais Marzuki Hussin memberitahu, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.


“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam.


“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.


Ho berkata Jais dan polis telah memasuki dewan majlis diadakan dan mengambil gambar, dan terus membuat rakaman meskipun selepas mereka meninggalkan dewan makan.


“Pegawai-pegawai Jais mengeluarkan amaran tegas kepada penganjur kerana enggan bekerjasama dengan permintaan-permintaan mereka,” kata beliau lagi.

Bagi Ho, Tindakan JAIS adalah salah, tetapi tindakan Ho untuk memurtadkan orang Islam lebih bersalah kerana beliau seolah-olah tidak memahami perlembagaan persekutuan.


Rujuk Artikel/Perkara 11

Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.