Sabtu, 24 September 2011

Anwar dan Ketua AMK lari malam

Malam kelmarin berlaku pertembungan antara pemuda Umno dengan Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka.

Kedua-dua dijangka akan berdepan dengan ceramah seperti yang pernah berlaku di Kerdau, Tenang dan Merlimau. Ketika itu Anwar dihambat oleh Ummi Hafilda.

Malam tadi Anwar akan diserang di pentas oleh Unit Pidato Pemuda Umno yang diketuai oleh Saudara Lokman Adam dan rakan-rakan.

Bagaimanapun pertembungan itu dihalang oleh Polis.

"Mungkin kerana sambutan hangat begitulah menyebabkan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam tidak lena tidur. Dan mungkin kehebatan sambutan itu juga maka UBN akan mengarahkan apa saja agensi kerajaan untuk menganggu atau mengagalkan himpunan Pakatan Rakyat. Katanya malam tadi Anwar terpaksa membatalkan kehadiran di majlis kedua kerana bekalan eletrik terputus secara tiba-tiba."-mso

Paling sedih ialah peristiwa Bukit Damansara berulang lagi di Bukit Katil. Dalam program rumah terbuka tersebut sekali lagi kejadian terputus bekalan elektrik berlaku dan mengganggu kelancaran majlis tersebut.

Pas tak tahu bahawa peristiwa yang sama berlaku dirumah Anwar sewaktu meraikan majlis kemenangan beliau menewaskan Ghafar Baba dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Umno yang sekali membolehkan beliau menjadi TPM. Peristiwa malam tadi petanda buruk akan berlaku untuk kali kedua kepada Anwar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.