Sabtu, 24 September 2011

ARKIB: PAS menjanjikan syurga












Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur 20 Ogos 2009

Jam 12.30 tengah hari tadi, Penasihat Undang2 MAGARAN, Sdr Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah berkunjung ke Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut dengan tujuan untuk menyerahkan borang keahlian PAS.

Malang nya penyerahan borang tersebut tidak diterima pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan setelah mendapat arahan dari Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapa Ali. Tiada sebab diberikan.


Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Tindakan Sdr Azam memohon menjadi ahli PAS ialah untuk merebut peluang masuk syurga kerana beliau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Mursyidul Am PAS bahawa hanya PAS membawa ajaran Islam yang betul bukan seperti Islam plastik, Islam palsu yang dibawa UMNO. Oleh itu hanya melalui PAS saja seseorang itu boleh masuk syurga.

Kerana ingin kan syurga yang pasti melalui PAS, Sdr Azam sanggup mengenepikan prinsip beliau mengenai ISA dan sanggup menyokong GMI jika sekiranya itu lah yang diperjuangkan oleh PAS.

Oleh kerana kecewa dihina dengan penolakan mentah2 permohonan beliau, Sdr Azam telah membuat aduan di pejabat SUHAKAM pada jam 3 ptg. Dalam aduan tersebut beliau meminta SUHAKAM menyiasat pelanggaran hak asasi beliau untuk berpersatuan (memilih parti PAS) oleh Setiausaha Agung PAS. Beliau sangat2 berminat untuk merebut peluang mendapatkan tiket ke syurga.