Rabu, 7 September 2011

Awas Mereka yang suka bawa laptop dan lepak di kedai mamak




Semalam TM menyiarkan rakaman video dari Youtube menggambarkan beberapa orang remaja hindu bersenjatakan parang masuk dan merompak laptop milik pelanggan yang gemar melepak santai sambil melayari internet free wifi dari kedai restoran tersebut.

Bagaimana nak bertindak jika berlaku depan anda. Mungkin anda panik tetapi boleh cuba cara ini. Setiap restoran wajib ada alat pemadam api ABC berwarna merah.

Jika anda tahu guna anda boleh menghentak plunger alat tersebut dan hamburkan serbuk pemadam ke arah perompak. Debu putih boleh memedihkan mata perompak dan dalam masa yang sama boleh menyebabkan seluruh badan dan pakaian mereka bertukar menjadi putih dan memudahkan pihak polis mengesan dan menangkap mereka.

Selain menggunakan alat serbuk jenis ABC anda juga boleh guna alat jenis Karbon Dioksid
Alat tersebut jika dipicit dan dihalakan kepada perompak ia akan memberi satu impak yang kuat seperti satu tumbukan dan menyebabkan perompak panik dan alat tersebut juga boleh dihentakkan ke kepala mereka jika perlu.
Kandungan - dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan

SELAMAT MENCUBA.


Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api jenis ABC



Rumah anda ada Alat Pemadam Api?
Anda tahu menggunakannya?
Pernah menggunakannya?

Ini adalah persoalan yang patut kita timbangkan semasa kita memikirkan tentang keselamatan daripada kebakaran.

Perhatikan langkah-langkah menggunakan alat pemadam api seperti ditunjukkan di bawah ini.