Rabu, 28 September 2011

Dua pemimpin Pas (Perak dan Kedah ) enggan akur arahan Pas Pusat


Hj Ir Amiruddin Hamzah Exco Pertanian, Industri dan pelaburan dan Sains dan Inovasi Negeri Kedah turut menyampaikan ceramah beliau malam ini di markaz Pas Permatang Raja juga telah mencabul ketetapan Pas Pusat agar tutup mulut dan tidak bercakap tentang hudud sehingga satu mesyuarat dengan Pkr dan Dap diadakan esok.

Menurut Amirudin, Pas berpegang kepada dua prinsip,

  1. bersetuju untuk bersetuju. 
  2. bersetuju untuk tidak bersetuju.
Menurut Amiruddin Prinsip yang pertama di atas ialah bersetuju untuk bersetuju ialah khusus untuk menumbangkan BN.

Manakala prinsip yang kedua bersetuju untuk tidak bersetuju ialah prinsip khas untuk keengganan Dap menerima hudud.

Oleh itu Ckgu Pa , jangan lupa untuk mengambil tindakan disiplin kepada mereka berdua yang engkar dan enggan mematuhi arahan Pas Pusat supaya menutup mulut.

ADUN ini telah menggempar dunia politik kerana telah berskandal dengan isteri orang atau kekasih lamanya sehingga sanggup meruntuhkan rumah tangga dan berkahwin dengan beliau sebagai isteri kedua.