Selasa, 6 September 2011

Fw: ANTARA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Mon, 5 Sep 2011 20:18:04 -0700
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>; <norlizaizul@gmail.com>; <irwanfahmi@hotmail.com>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: ANTARA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT

          Sekali lagi Mat sabu nampaknya tidak berjaya nak berbohong kepada waris mangsa tragedi bukit kepong kerana beliau  dihalau oleh penduduk tempatan, kononnya tujuan mat sabu kebukit kepong untuk memberi penjelasan tentang kenyataan kontrovasi yang beliau buat baru-baru ini, Mungkin mat sabu berangapan orang-orang johor bodoh seperti orang kelantan ( ditujukan khas pada penyokong pas sahaja bukan pada semua orang kelantan ), Kalau dikelantan bolehlah dia nak berbohong ini negeri johor la mat sabu.

          Selesai cerita kena halau mat sabu buat sidang media untuk menunjukan bukti bahawa apa yang dikatakan semuanya betul dengan mengemukakan sebuah buku yang bertajuk PENGUKIR NAMA JOHOR TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR yang mana buku ini ditulis oleh ismail adnan yang diterbitkan pada tahun 2004 dan kata aluannya oleh menteri besar johor dato abdul ghani osman walau bagai mana pun semua orang kena faham bahawa didalam buku tersebut tidak dinyatakan bahawa mat indra sebagai pejuang atau pun mat indra sebagai komunis !.

          Nampaknya sekali lagi mat sabu cuba bermain politik didalam isu ini dan kami berharap pihak kerajaan negeri sepatutnya membuat siasatan terhadap penulis buku ini kerana buku ini baru sahaja ditulis bukan nya ditulis sebelum merdeka selepas tragedi 1950 dan buku ini ditulis semasa suasana politik negara ada sedikit kucar kacir ketika pak lah menjadi perdana menteri, Walau apa pun kami tertarik dengan kenyataan mat sabu yang berbunyi " SAYA INGATKAN UMNO JANGAN GALI KUBUR SENDIRI, KERADA AHLI SEJARAH JANGAN JADI PENGAMPU YANG CUBA GELAPKAN SEJARAH "

          Kepada umno terutama umno johor satu tamparan hebat buat pejuang umno johor apa lagi yang hendak ditunggukan, timbalan perdana menteri orang johor,  menteri dalam negeri orang johor, ketua penerangan umno orang johor, salah seorang naib priseden orang johor, khalid nordin menteri orang johor, razali ibrahim naib ketua pemuda umno malaysia juga orang johor, andai kata dato onn masih hidup apakah beliau akan kata kepada pemimpin umno yang ada sekarang kerana pemimpin sekaranag tidak berani mempertahankan sejarah negara sehinggakan pihak pembangkang berani memutar belitkan fakta sebenar.

          Kepada ahli sejarah begitu berani mat sabu memanggil ahli sejarah pengampu yang cuba gelapkan sejarah
, kenapa ini semua berlaku ? kerana apabila mat sabu membuat kenyataan kontrovasi dalam isu ini tiada seorang pun ahli sejarah yang berani membuat laporan polis sedangkan sudah ramai ahli NGO dan parti politik yang tampil membuat laporan polis, Apakah akan terjadi kepada ahli sejarah dan negara kiranya SEJARAH DAN KESAN SEJARAH DITUKAR ATAU DIHILANGKAN ??? kami tinggalkan soalan ini buat semua membaca yang melayari blog ini...///