Selasa, 27 September 2011

Kelantan gagal sebagai negeri berkebajikan di bawah PAS






KOTA BHARU - Kelemahan kerajaan Pas Kelantan selama mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang sekali lagi dipertikaikan kredibilitinya biarpun 21 tahun memerintah kepimpinannya masih gagal menjaga kebajikan rakyat.

Bukan setakat tanah dirampas dalam ladang rakyat, hak peniaga ditipu dalam isu Bazar Tok Guru serta sistem pengurusan air - keperluan asasi manusia - masih belum berjaya diberikan kepada rakyat.

Hari ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan Pas Kelantan tidak mampu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan miskin di negeri itu disebabkan permintaanya cukup tinggi.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan RM50 juta dalam tempoh empat tahun sejak 2006 hingga 2010 di bawah program rumah mampu milik.

Bagaimanapun, katanya keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan itu.

Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan bahawa 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata pada masa yang sama, ia membuktikan kegagalan nyata kerajaan PAS Kelantan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.Sebelum ini, Pengerusi REHDA Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar dilaporkan sebagai berkata perkara itu berlaku berikutan faktor kos pembinaan yang tinggi menyebabkan pemaju di Kelantan tidak dapat menyediakan rumah mampu milik dan hanya membina rumah berharga RM150,000 ke atas.




Beliau berkata Kelantan memerlukan 6,364 rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Baharu.
Rumah Rakyat di Kelantan
"Kita percaya masih banyak lagi rumah awam kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini walaupun dalam kerajaan tidak berkemampuan menyediakan kemudahan itu kerana masalah peruntukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek awam kos rendah Wadi Iman yang dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di Kok Lanas, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan terus berusaha memenuhi keperluan itu dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan swasta bagi melaksanakan projek itu di seluruh negeri.
Rumah pemimpin Pas di Kelantan
Pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Anizam Abd Rahman berkata kerajaan negeri akan memastikan setiap projek perumahan yang dilaksanakan di sesuatu kawasan tidak terbengkalai.
Wahid Endut Wakaf Mempelam
"Ini perlu bagi mastikan matlamat dasar dan konsep kerajaan negeri iaitu satu rumah satu keluarga tercapai," katanya.