Salam saudara-saudari sekelian.
Sekali pandang memang bahaya dan kurang menguntungkan. Tapi kalau kita fahami sekali lagi dan yang mengetahui undang2 ianya satu advantage buat kerajaaan yang memerintah terutamanya untuk pihak UMNO.
Dari ucapan DS najib apa yang berlaku ialah sesiapa yang buat kacau di negara ini akan juga ditangkap tetapi dalam tempoh 60 hari sahaja. Selepas itu pihak MAHKAMAH yang akan memutuskan dia bersalah atau tidak berdasar UNDANG2 negara.
Dari sini kita lihat pihak executive/KERAJAAN telah memindahkan bebanan ini kepada bidang KEHAKIMAN, yang mana bidang KEHAKIMAN selama ini hanya melihat pesalah-pesalah ISA dilepaskan begitu sahaja tanpa dibicarakan dan kembali menganggu gugat keharmonian negara tanpa diadili.
Tetapi untuk kali ini sesiapa yang menjadi onak dan duri negara akan ditentukan makamah dan makamahlah @ bidan KEHAKIMAN negara yang akan menanggung beban kali ini.
Maka kalau sesiapa yang menuduh UMNO atau kerajaan kali ini untuk hukuman terhadap pesalah tersebut maka dia akan terpaksa berhadapan dengan badan kehakiman.
Dan segala kesalahan betul atau salah sesorang itu HAKIM lah yang memikul tanggug-jawap tersebut bukan KERAJAAN.
Kita ambil contoh kes sodomi sekarang ini, pihak pembangkang adalah amat susah menyalah bidang kehakiman, tetapi dari sudut kerajaan yang memerintah di hentam bertubi2 diatas peristiwa tersebut.
Jadi kata pemutus kali ini ditangan bidang KEHAKIMAN, maka mereka lah yang rakyat patut lihat bukan perdana menteri