Rabu, 14 September 2011

Mahfuz Omar perlu desak cukai pintu diturunkan

Mat Put FDI mengkritik hebat cadangan telco untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. Mat Lupa bahawa Selangor telah berjanji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 10 hingga 20 peratus cukai pintu.

Mana lebih besar nilainya 6 % atau 20%? 
"Kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan. Selain itu, beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil. Menurut Abdul Khalid, jika kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus untuk premis komersial sebagaimana yang diikrarkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, ia akan menyebabkan peruntukan untuk pembangunan-pembangunan lain di negeri ini tidak mencukupi."

Harap Mat Put buatlah demo besar-besar untuk mendesak kerajaan Selangor menurunkan cukai pintu sebagaimana yang dijanjikan.


Mat Put kaki lawak; Cuba dengar kata beliau di atas, cukai 6 % bermakna kita kena cukai dulu sebelum guna, berlainan dengan cukai makan di restoran, makan dulu baru kena cukai. Weh!!! mangkok, kalau pergi ke KFC bayar dulu baru ambil makanan. Kalau pergi tengok vayang (Wayang) kena beli tiket dan bayar cukai dahulu baru boleh masuk panggung. EEEEiiii cerodik tak bertempat Mat Put ini.