Ahad, 11 September 2011

Mazhab PAS yang bercanggah dengan Islam

Nik Aziz dah mula merepek - Usaha UMNO tidak berfaedah?

Pas menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas secara sinis berkata, jika UMNO yakin boleh menang 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mendapat kerusi majoriti di Kelantan, maka Pas pula akan menang 60 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di peringkat pusat.

“Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia buat, tapi Allah Taala buat.

“Allah Taala menetapkan bahawa hujung dunia ini ada pembalasan di akhirat, syurga dan neraka, yang kena dengan kehendak al-Quran dapat syurga, yang tidak kena neraka, orang Arab pun kalau tidak kena dengan al-Quran akan masuk neraka, inikan pula orang Melayu,” katanya selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Muslimat Kota Bharu di sini hari ini.