Selasa, 20 September 2011

MB Kedah mengaku pulak

Akhirnya MB Kedah mengaku Kedah beli kereta mercedes, tetapi mengapa minggu lepas menafikannya dan paling syok Azizan kata KCK 8 bukan miliknya. Memang betullah KCK 8 milik orang lain , kita bertanya tentang KCX 8 bukan KCK 8.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri. 

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna. 

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu. “Kita beli sebab ada keperluan. 


Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya. 
Tak kiralah apa alasan yang diberikan, sepatutnya Kedah mengutamakan kereta tempatan iaitu Proton Perdana Eksekutif