Rabu, 28 September 2011

Media Sarawak kena bangkit untuk hadapi GE 13

Kejayaan Pakatan Pembangkang menguasai 4 negeri dan melakukan tsunami politik pada PRU-12 2008 disebabkan kebijaksanaan bloggers Pakatan Pembangkang mengaplikasikan media baru/ media sosial sebagai wadah politik. Namun, kini BN telahpun menggerakkan pasukan UMB yang ditubuhkan bagi menggerakkan politik dalam media baru khususnya dalam menangkis dakwaan bloggers Pakatan Pembangkan
Sepanjang PRK pada tahun 2008 hingga 2011, UMB BN telah berjaya mengekang dakwaan bloggers Pakatan Pembangkang dalam pelbagai isu. UMB BN juga dibantu beberapa ribuan bloggers pro-kerajaan dalam membangkitkan kesedaran terhadap pentingnya penyaluran maklumat dengan tepat dan berfakta.
Sayugia, penubuhan UMB ini dilihat tidak mempunyai kepentingan politik mana-mana individu sebaliknya lebih terarah kepada perjuangan BN dan parti. Justeru, bloggers hanya bertanggungjawab ke arah melaksanakan perjuangan parti dalam merealisasikan kemenangan BN bagi mentadbir Malaysia secara berterusan.
Dalam PRK Sibu pertengahan tahun 2010, bloggers UMB BN dan bloggers pro-kerajaan telah memainkan peranan penting dalam menangkis dakwaan Pakatan Pembangkang secara sederhana. Ini disebabkan kawasan Sibu tidaklah sehebat situasinya di Semenanjung Malaysia dari segi kepentingan media baru, namun sedikit sebanyak berjaya mengubah persepsi rakyat Sarawak.
Menjelang PRN Sarawak Ke-10, BN Sarawak telah mengambil inisiatif dalam menubuhkan UMB BN Sarawak bagi memerangi dakwaan bloggers Pakatan Pembangkang. Difahamkan kebanyakan bloggers Pakatan Pembangkang dalam PRN Sarawak lalu diimport khas dari Semenanjung Malaysia.
Di pihak BN Sarawak pula, selain anak tempatan, bloggers UMB UMNO juga banyak membantu memerangi kejayaan BN Sarawak dalam PRN Sarawak Ke-10. Bantuan ini perlu memandangkan UMB BN Sarawak masih ditahap belajar. Begitupun, diakui faktor geografi dan liputan telekomunikasi yang terhad di Sarawak menyebabkan penyaluran maklumat hanya dapat diikuti di sesetengah kawasan sahaja.
Selain bloggers UMB BN Sarawak dan UMB UMNO, bloggers prokerajaan dan bloggers jalanan yang mempunyai haluan yang sama juga sedikit sebanyak membantu BN Sarawak dalam mengecapi kejayaan dalam PRN Sarawak ke-10. Malah mereka ini dikatakan lebih berani dan bermaklumat serta tidak gentar dengan ancaman bloggers Pakatan Pembangkang. Malah dikatakan strategi dan pendekatan mereka lebih bernafsu dan bijak menangkis dakwaan Pakatan Pembangkang yang banyak menyerang peribadi calon BN.
Apakah UMB BN Sarawak telah bersedia dalam menghadapi PRU-13 selepas PRN Sarawak Ke-10? PRN Sarawak Ke-10 telah banyak mengajar UMB BN Sarawak bahawa perkongsian dan ketelusan dalam mengadakan perhubungan amat penting bagi mencapai matlamat. Justeru, UMB BN Sarawak perlu mengukuhkan lagi kesepakatan supaya cita-cita dan harapan penubuhan UMB BN Sarawak ini akan terlaksana.

TM_Note:

Keghairahan Unit Media Baru Sarawak kelihatan sudah lesu selepas PRN Sarawak April selesai. Bagaimanapun jangan risau ia satu fenomena biasa dan boleh diberi suntikan baru.

Blog tak perlu banyak , ada 10 dah kira cukup bagus, Jika 10 blog boleh dikongsi sehingga 100 penulis jika 10 blog sudah ada 1000 penulis. Tak perlu mewujudkan 1000 laman blog, buat menyemak otak pembaca sahaja.

Dalam 10 blog itu perlu dipantau oleh seorang sahaja. Jika ada penulis yang tak mampu berkarya, ia boleh diganti dengan orang lain.

Setakat hari ini laman yang disediakan oleh blogger.com masih terbaik berbanding dengan wordpress, jomla atau tumblr. Jangan lupa dengan fb dan twitter. 

Ambil contoh laman blog Miri Today yang nampak aktif sewaktu PRN . rankingnya dari kosong mencanak naik sehingga ke tangga 2 juta dalam tempoh sebulan. Selepas PRN moderator sibuk dengan tugas harian dan kurang diupdate.

TM cadangkan blog Miri Today dikongsi oleh 100 penulis, oleh itu jika pemilik asal mempunyai kekangan masa untuk menulis ia boleh dibantu oleh penulis lain.

Satu lagi cara terbaik ialah wujudkan blog ikut bandar atau daerah seperti Miri, Bintulu, Limbang, Lawas, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan lain-lain menjadikan 10 semuanya jika mampu.

Bagi kawasan  yang tidak dapat ditembusi internet flyer perlu diperbanyakkan termasuk juga edaran dvd atau vcd. Jangan takut akta cetak sudah dihapuskan, gunalah peluang seluas-luasnya mulai sekarang.

Ketua UMB Sarawak perlu lah cari sedikit peruntukan untuk diberikan kepada mereka yang menulis sebagai sumbangan. Tak kan lah nak ikhlas sepanjang masa. sumbangan sebagai motivasi untuk menulis. Jangan ikut TM menulis gila-gila tanpa apa pun, tu pun ada orang kata TM mendapat upah lumayan ada tuduh dapat 10k sebulan. Kalau 10k boleh beli BMW la.