Rabu, 21 September 2011

MIC bersikap profesional dalam PRU 13, Tahniah!

Calon MP Larut

Calon Adun Batu Kurau
MIC sedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen BN yang lain.

Setiausaha Agung MIC, S Murugesan kata "sebarang pertukaran kerusi boleh dilaksanakan jika ada persefahaman dan persetujuan dari semua pihak yang berkepentingan."

"Kesediaan beberapa parti komponen BN seperti MIC dan MCA untuk bertukar kerusi menunjukkan sikap fleksibel mereka dan ini merupakan suatu berita yang positif," katanya semasa ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 di sini Isnin.

Pada PRU 12, MIC diperuntukkan 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN  dan telah menang 3 kerusi Parlimen dan 7 kerusi negeri.

Mengenai keperluan mempertahankan kerusi tradisi oleh parti-parti komponen BN, katanya perkara itu tidak berbangkit.