Pembangkang terutama DAP dilihat cukup berani. Berani mengusik isu-isu sentisif terutama dalam hak-hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan terkini LGE berani menfitnah kerajaan Johor. Sebelum ini ahli Dap juga dengan berani berhasrat untuk menukar jalur gemilang.
Akhirnya Manoharan dan LGE memohon maaf. Memang senang memohon maaf, itu pun setelah dikritik hebat oleh pelbagai pihak terutama bloggers.
Akan tetapi adakah ia berakhir disitu sahaja. Lihat kembali PKM. Walaupun sudah menandatangan gencatan senjata di Hatyai 1982, tetiba selepas PRU 12 isu Chin Peng ingin diangkat oleh DAP sebagai pejuang telah bergema. Bila ada tentangan ia senyap, kini Mat Sabu mewakili suara DAP membawa isu Mat Indera.
DAP sangat bahaya. Jika mereka berjaya memerintah dengan bantuan Pas dan PKR maka musnahkan segala hak-hak istimewa orang Melayu.
Najib ada menyebut quota 30% bumiputra akan dihapuskan satu masa kelak telah menyebabkan Pas mengkritik hebat dalam media Sosial.
Pandai pulak Pas mempertahankan quota tersebut.
Percayalah bahawa huru hara seperti Somalia akan berlaku jika pembangkang menguasai negara. Rakyat akan memberontak dan perang saudara akan berlaku dan campur tangan asing akan pasti masuk.
Yang rugi kita, oleh itu sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran, Dap dan sekutunya mesti ditolak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.