Mana dia dapat duit buat filem? |
Filem yang ada agenda jahat |
Hanya fokus Hantu Bonceng, Nasi Lemak macam mana? |
Filem Karut |
Zizan tak teliti skrip? |
Namewee fears ‘Nasi Lemak 2.0′ ban after protest
Controversial rapper-cum-filmmaker Namewee fears that his feature film ‘Nasi Lemak 2.0′ may be banned because of a recent demonstration against it in Perak.
In a statement today, Namewee said that he regrets the protest, and hopes that the authorities do not heed the call for the film to be banned.
“This movie received approval before shooting, and another approval before screening, I hope the authorities can respect their own decision, as well as my work,” he said.
In a Facebook posting, Namewee (left) added that he would be very disappointed if the film is indeed banned and urged movie-goers to watch it as soon as possible in case that does happen.
The film, now screening in major cinemas nationwide, was reported to have received backlash from groups claiming it has bad influence on young people.
Protesting outside a cinema in Ipoh, a group calling themselves Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak had demanded that the government consider barring its further screening.
The NGO’s president Faizal Afendi Hashim said protests will continue until the ban is in place.
Yesterday, Home Minister Hishammuddin Hussein said that those who are unhappy with the film are welcome to lodge complaints.
No quick judgement, please
Nasi Lemak 2.0 producer Fred Chong, however, urged Malaysians to understand the true meaning of the film before passing judgment.
The makers of the film, featuring famed songstress Adibah Noor and celebrated comedian Afdlin Shauki, claim that it actually celebrates the diversity of Malaysia and is line with the 1Malaysia concept.
Namewee, whose real name is Wee Chee Meng, had earlier failed to obtain a grant from the Information, Culture and Communications Ministry for the film.
Minister Rais Yatim said this is because the filmmaker was “involved in activities that go against Malaysian norms and values”.
Wee first gained notoriety with his controversial rendition of the national anthem Negara-ku in his rap song ‘I Love My Country Negarakuku’ in 2007.-
He also faced difficulties in promoting his anti-racism song Nah! as a result of Malay-rights NGO Perkasa demonstrating against his promotional tour. -Namewee
PAS dakwa ‘Hantu Bonceng’ hina Islam ; kata Tantawi
Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem “berbaur penghinaan kepada Islam” diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.
Ketuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.
Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).
“Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan,” katanya.
Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.
Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.
Penapis teh atau cendol?
Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik.
Dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.
Justeru, dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.
“Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea (teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar?
“Sehingga masih banyak adegan yang ‘menyenakkan mata’ dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan,” kata graduan Universiti Al-Azhar itu.
Lebih malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.
Cadang lembaga penapisan tertinggi
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai saluran.
“Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?” soalnya lagi.
Sehubungan itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama dalam menangani karya berkaitan Islam.
“Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama, seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.
“Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri,” katanya lagi.
Katanya, industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan “tangkal pelaris”.
TM_Note.
Selain dua filem ini menjadi kontroveri terdapat dua lagi cerita pendek yang dikeluarkan oleh Namewee iaitu Lagu 'Nak Jumpa PM' dan 'Undilah' .
Ketiga-tiga cerita oleh Namewee ini hanya nasi lemak sahaja yang perlu melalui Finas dan Lembaga Penapis Filem. Filem yang ditayangkan melalui Youtube tidak perlu pun.
Sedihnya kenapa Ku Li, Wee Ka Siong dan Rosnah Shirlin terperangkap dalam skrip filem Undilah kerana filem itu ialah kempen undilah untuk parti pembangkang.
TM berharap NGO agar terus memprotes dua filem tersebut kerana menguris hati orang-orang Islam dan bangsa Malaysia. TM juga geram melihat lagu Namewee yang berhasrat nak jumpa PM walaupun seminit dalam lagu nya. Cara yang ditunjukkannya amat biadap dan memalukan.
NGO juga perlu membuat bantahan kepada Finas dan Lembaga Penapis Filem. Dahulu sewaktu menteri penerangan dipegang oleh Dato Muhammad Rahmat keadaan tidak seteruk sekarang. Semuanya dibawah kawalan dan seliaannya. Sampai artis lelaki yang berambut panjang pun diharamkan masuk RTM