Selasa, 20 September 2011

Dr Hassan tempuhi pelbagai dugaan dalam karier beliau


YB Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali



YB Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama Sastera dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:

1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.

Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan menceburi dalam bidang perniagaan khusus untuk motivasi.

Pernah menjadi Ahli Parlimen P57 Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan N08 Sungai Burong Selangor (Menewaskan Dato Aini Taib) pada penggal 1999-2004 dan PRU 12 dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat di DUN N17 Gombak Setia, Selangor

YB Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya pernah terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia. Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.

YB Dato’ Dr Hasan juga pernah menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato’ Dr Hasan adalah pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program Summer Camp, Smart Learning dan Ibu bapa Cemerlang Anak Gemilang adalah di antara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.

Dalam bidang penulisan, YB Dato’ Dr Hasan menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta daripada segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara sudah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program YB Dato’ Dr Hasan. Dato’ Dr Hasan membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini.

Dato’ Dr Hasan diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM.

Bersama-sama dengan tenaga profesional lain, YB Dato’ Dr Hasan berjaya melonjakkan program agama dan program-program talk-show menjadi program yang diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan YB Dato’ Dr Hasan merentasi sempadan negara di mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.

 Sebelum terlibat dengan politik Dr Hassan adalah pakar motivasi yang amat disegani dan dihormati. Pada ketika itu Dato Dr Fadillah Kamsah belum lagi dikenali.

Anwar Ibrahim amat cemburu dengan kehebatan Dr Hassan dan berusaha untuk menjatuhkan beliau. Melalui Pusat Islam, Anwar berjaya membuatkan Dr Hassan hampir muflis.

Ketika itu tiada siapa yang mahu membantu beliau, kecuali PAS. Pas bijak mengintai peluang dan berjaya menyelamatkan perniagaan Dr Hassan daripada kebankrupan. Pas membantu melalui Harakah.

Bagaimanapun dalam PRU 11 kerusi panas beliau dirampas oleh Us. Ahmad Awang (Pas) tetapi ditewaskan oleh  Brig. (B) Datuk Abd. Hamid Ngah @ Zainal Abidin (BN) denga majoriti hampir 5 ribu.

Dr Hassan berehat sepenggal sebelum naik semula dalam PRU 12 dan menjawat jawatan Exco Selangor.

Hari ini beliau sekali lagi tertekan dengan pelbagai campur tangan oleh Ir Khalid Samad yang seolah-olah dia lah Exco Agama.

Tidak mustahil satu hari nanti Dr Hassan pasti akan meninggalkan Pas seperti mana Dato Zulkifli Nordin meninggalkan Pkr.