Isnin, 19 September 2011

Hidup PAS umpama dedalu.

Berikut adalah petikan daripada penulisan Sejarah kewujudan Pas di Malaysia dan TM amat tertarik pada perenggan ini.

Ia menceritakan bagaimana Pas yang mempunyai rekod pentadbiran yang amat buruk dan jijik di Kelantan telah berjaya menawan semula negeri itu berpunca daripada krisis Ku Li dan Tun Mahathir dalam perebutan jawatan Presiden Umno dalam PAU 1987.

Ku Li telah membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan Tun Mahathir kerana ketika itu Ku Li melihat Umno berada diambang bahaya kerana Anwar Ibrahim. Anwar yang memasuki Umno pada tahun 1982 dilihat sebagai satu ancaman besar buat rakyat.

Ku Li tahu Anwar telah mempergunakan pengaruh Abim untuk menguasai Umno dan berhasrat untuk menguasai pentadbiran negara secepat mungkin menggunakan jentera Abim. Tun Mahathir pula dilihat terlalu mempercayai Anwar dalam segala hal.

Setelah Ku Li terpinggir daripada Umno, Ku Li dan beberapa orang rakannya sebeperti Rais Yatim, Sabrey Chik dan ramai lagi telah menubuhkan Semangat 46.

Ketika inilah sifat munafikun Pas mula terserlah. Jika dahulu Ku Li menjadi seteru yang jijik, kini Ku Li dan Rais ditatang bagaikan minyak yang penuh.
Tahun 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. 

Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. 

Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.- Pemuda Pas Perak

Kerjasama Pas dengan Semangat 46 telah menyebabkan Nik Aziz menguasai semuala Kelantan pada yahun 1990.

Langit tidak selalu cerah. Pas hampir kalah pada PRU 11 di Kelantan.  ( Pas 24 kerusi, BN 21 Kerusi). PRU 12, Bn menaruh harapan tinggi ke atas Kelantan tetapi kesilapan pentadbiran dan strategi politik Pak Lah telah menyebabkan BN kalah dan hilang 4 negeri lagi.

Pas terus-terusan bersikap munafik dan bekerjasama dengan Dap dan Pkr untuk menjatuhkan BN walaupun hanya sebagai kuda tunggangan Ahzab. Pas sebenarnya tidak ada visi dan misi, mereka hidup seperti dedalu.