Isnin, 19 September 2011

Ini dia pencabar 'debat' Mohd Akmal Kamaruddin

Mohd Akmal Kamaruddin kemaruk nak berdebat

Sedang berlatih untuk berdebat

PRIVATE ZI BIN YACOB ( 93312 )

Nampaknya Ustaz Mohd Akmal bin Kamarudin menantu Hadi Awang teringin sangat nak berdebat isu Mohd Indera Komunis sehingga sanggup menipu kononnya mayat Mat Indera harum.

Sekarang diperkenalkan tokoh sebenarnya yang cukup elok untuk Mohd Akmal berdebat. Tambahan pula kedua-dua mereka berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Pantai Besar, Batu Kurau.

Pte Zi Bin Yacob adalah antara yang berjuang dalam menentang komunis. Berasal dari Kg. Pantai Besar dan berkhidmat dalam 12 Batalion Askar Melayu DiRaja. 

Antara pengalaman beliau ialah apabila bertempur dengan pasukan komunis yang antara terkuat pada 3 jun 1970 di Kg. Kuak Ulu, Kroh, Perak. 

Dalam pertempuran itu Pte Zin berjaya membunuh 2 orang komunis dan berjaya mematahkan serangan pihak musuh. Namun 4 sahabat beliau terbunuh manakala 12 lagi askar melayu cedera parah. 

Di atas kegigihan serta keberanian beliau. Beliau telah dianugerahkan Pingat PGB pada 2 Jun 1971.
— by Anak Larut.