Ahad, 25 September 2011

PAS gagal menguasai KISDAR- siri 1



DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah mewakafkan sekeping tanah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sebagai tapak Kampus Tetap Kolej Islam Darul Ridzuan. Kos Pembinaan Kampus Tetap Kolej Islam Darul Ridzuan adalah sebanyak RM 53.6 juta


Pelan Pembinaan Kampus Kolej Islam Darul Ridzuan telah disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Feb. 2006 telah meluluskan kerja-kerja pembinaan.

Pembinaan siap akhir  Ogos 2006 dan keseluruhan projek siapkan pada bulan Februari 2008.

Di atas adalah serba sedikit info mengenai kolej yang menjadi kebanggaan sultan dan penduduk Kuala Kangsar. Hari ini kolej tersebut sedang dalam proses untuk dinaikkan taraf ke sebuah Kolej Universiti.

Sebaik sahaja Kisdar beroperasi, kerajaan Perak telah bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat, Ketika inilah Kisdar dijadi tempat Pas mengadakan aktiviti mereka seperti seminar, bengkel dan perhimpunan lain yang menggunakan flatform JIM dan juga IKRAM 

Kini Pas sudah tiada lagi cuma sokongan terhadap Pas masih lagi belum terhakis, saki baki mereka masih wujud dalam warga Kisdar.

Mereka perlu melihat balik penubuhan Kisdar dan bandingkan dengan negeri yang dikuasi oleh Pas. 20 tahun Pas perintah Kelantan. Berapa buah kolej yang mereka bangunkan.

Teringat seminggu sebelum raya sewaktu TM berada di Hospital Tuanku Bainon. Pelajar kolej kejururawatan  yang berasal dari Kelantan telah sepakat untuk menyewa 7 buah bas untuk balik berhari raya .Tak adakah kolej kejururawatan di Kelantan?

Raja Ahmad Al Hiss dalam blognya telah mengkritik aktiviti ceramah yang kononnya mirip politik di Kisdar oleh Umno.  Raja Ahmad dari Pas Kuala Kangsar nampaknya sentiasa skodeng Kisdar atau mendapat maklumat dari orang dalam mengenai program tersebut. 11 bulan dulu adakah Umno dok skodeng depa?

Pas tak perlu bantah sampai menghantar memorandum, kerana semasa 11 bulan Nizar menjadi MB, lunyai  Kisdar dibuat oleh Pas.