Selasa, 6 September 2011

PAS kata!

Menyediakan pengajian di universiti, tanggungjawab kerajaan.

Buat sekolah, buat jalan, buat hospital pun tanggungjawab kerajaan.

"Tu bukan duit Umno tapi duit rakyat"

Itulah ayat wajib Mat Sabu, cuba kita tengok Kelantan, 20 tahun memerintah apa tanggungjawab kerajaan kepada rakyat?

Apakah air diberikan secukupnya kepada rakyat,

Sampah sarap gagal dibersihkan, tikus, anjing bermaharaja lela dan meletakkan Kelantan negeri beriko tinggi terhadap penyakit berjangkit.

20 tahun jalanraya gagal diperbesarkan dan diperelokkan. Apa yang ada adalah ehsan kerajaan persekutuan. Mana pergi ratusan juta perutukan dari federal?

Frasarana industri pelancongan 30 juta ringgit untuk Kelantan, mana hasilnya? Mana projeknya? Mana tanggung jawab kerajaan kepada rakyat?

Sambutan raya baru-baru ini, anak-anak Kelantan di Ipoh yang menuntut di kolej kejururawatan menyewa 7 buah bas untuk balik beraya di kampung halaman.

Kenapa mereka datang ke Perak untuk belajar? Ia kerana kerajaan Pas Kelantan gagal menyediakan tanggong jawab kepada rakyat.

Lihat lagi di Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan sendiri, masalah air gagal dilaksanakan.

Perkhidmatan semakin buruk, tarif air meningkat. Mat Sabu sapu 20 ribu sebulan sebagai ahli lembaga pengarah air Penang.

Bulan depan tarif air akan naik lagi di Kedah. Mana tanggungjawab kerajaan?

Tu baru tak sampai suku, banyak lagi tanggungjawab kerajaan negeri kepada rakyat gagal dilaksanakan oleh parti munafik kencing rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.