Selasa, 27 September 2011

Pas perosak akidah

Senang sungguh mulut ustaz ini mengutuk Umno konon menolak Islam. Jika Umno menolak Islam maknanya tidak lah tercatat dalam perlembagaan persekutan yang menyebut Agama Islam adalah Agama Rasmi persekutuan Tanah Melayu.


Kalau tidak Islam, tidak seorangpun ustaz-uztaz guru takmir mendapat elaun daripada kerajaan, tidak seorang pun Imam masjid mendapat elaun bulanan. Tidak akan wujud kelas fardu ain ( KAFA) .


Jika Islam ditolak oleh Umno bermakna tidak akan terbina walaupun pun sebuah masjid dan musalla di semua sekolah, kolej , universiti , malah di pejabat dan kilang pun wujud masjid dan surau. Kesemua mendapat pembiayaan kerajaan Umno.

Pas buat berapa buah masjid di Kedah, Kelantan dan Terengganu? Masjid Bujal juga yang dibanggakan oleh Pas padahal ia tak ada langsung binaan bercirikan sebuah masjid. rupa gereja ada lah!
Masjid Pas

Semenjak Pas memerintah Kelantan , berapa buah pajak gadai Islam yang Pas buat?  Pas meruntuhkan institusi Islam memang ada lah, umpamanya ialah Pas pernah menutup tadika Kemas, menutup Kolej Mara, mengundi dewan orang ramai yang sering djadikan tempat perhimpunan aktiviti masyarakat.
Masjid yang dibuat oleh Umno


Pokoknya Pas juga gagal menyediakan segala kemudahan yang dituntut dalam Islam . Hanya tahu berceramah dan mengutuk apa orang buat, sendiri tak buat apa. Lihat lah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, Maksiat terus berleluasa tanpa disekat atau diambil tindakan oleh Pas. Apa tidaknya, semua pegawai agama asyik  dengan ceramah Pas , berlepak di pejabat Pas kononnya mereka sayangkan pemimpin mereka, membodek pemimpin mereka, sedangkan tugas mereka diabaikan.


Ini yang berlaku kepada pegawai agama disetengah-setengan tempat yang dikuasai oleh Pas seperti Parit Buntar. Pegawai agam dan juga kadi asyik berpolitik dan mengabaikan tanggung jawab mereka.




IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan apabila pemimpin Umno menolak Islam maknannya pemimpin Umno anggap agama Islam ini sudah rosak dan tidak sesuai diamalkan lagi. Memetik ucapan beliau,“ Bila kita beli barang di kedai, kita pilih-pilih barang, bila barang yang kita tolak, maknanya barang tu sudah rosak, begitu juga Umno, bila Umno tolak Islam, maknanya dia anggap agama Islam ini sudah rosak atau tidak sesuai diamalkan” “ Bumi yang kita duduk Allah yang ciptakan, tubuh badan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya Allah yang cipta, tapi kenapa pemimpin Umno tolak Islam? Soalnya
Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sehingga hari qiamat, justeru yang menyambung perjuangan para Rasul ialah para ulama’ dan seluruh pejuang agama yang ikhlas. Justeru,beliau menyatakan Islam kini sedang di ancam, rakyat juga sedang di ancam, kedaulatan Negara juga sedang digugat dan yang menggugatnya ialah Umno dan Barisan Nasional (Bn) di dalam negara kita. Justeru beliau menyeru, agar seluruh rakyat menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menamatkan tempoh Umno Bn mengusai Negara ini, perkara ini dapat dibuktikan rakyat dalam PRU 13 ini, perkara ini sangat penting kerana dasar perjuangan Umno dan Bn sangat berpotensi merosakkan masa depan Islam.

Kelmarin TM ada menyentuh sedikit tentang kegagalan Pas dalam membentuk atau membangunkan modal ihsan.  Kita tahu Pas lebih Islam dari Umno, tak percaya tengok lah serban dan janggut depa, boleh berckap bab agama sikit dah dipanggil ustaz. Tak percaya tengoklah ustaz-ustaz Pas seperti Ustaz Bob Lokman, Ustaz Akil Hiyy, Ustaz Subky Latif , Usta Khalid Samd dan ramai lagi. Mana depa ada sijil 4 senawi pun.

Pas tak mau pakai sistem pendidikan yang Umno buat, Ramai yang hantar anak mereka ke tadika Pasti, bila cukup 7 tahun ramai pula yang hantar ke sekolah kebangsaan dan hanya sebilangan kecil yang hantar anak mereka ke sekolah agama seperti di Taiping ialah SK Darul Mulkan di Matang.

Sekolah menengah agama kebanyakan dikuasai oleh Pas walaupun pada asal pembinaan bukan dibuat oleh Pas.

Setelah menguasai sekolah agama bantuan kerajaan , Pas mengimport guru-guru agama yang pro Pas seperti di SAB Ehya AL Shariff yang mengambil anak Ustaz Kamaruddin Awang Basir bekas pensyarah maktab perguruan yang kalah beberapa percubaan untuk jadi ahli dewan rakyat Pas kawasan Larut.

Anak nya kini Us Mohd Akmal Kamaruddin yang membesar dengan duit kerajaan BN kini makan gaji dengan sekolah tersebut . Kini kerjanya ialah membentuk kader-kader Pas di sekolah menengah agama.

Hampir semua pelajar sekolah menengah agam adalah condong kepada Pas kerana ditarbiah hari -hari. Kebanyakan pelajar ini gagal dalam SPM dan mereka ini lah yang ramai menyertai demo bershit 2.0 di Kuala Lumpur Julai lalu.

Manakala pelajar yang berjaya masuk ke IPT adalah yang berada di sekolah Umno yang dilabelkan sebagai kerajaan zalim . Ketika pelajar-pelajar ini berada di IPT, sekali lagi Pas akan masuk untuk meracun pemikiran mereka agar pelajar terus membenci kerajaan, kerajaan dianggap zalim dan menipu rakyat selama 54 tahun.

Akhirnya ramai anak-anak Melayu yang cemerlang dalam SPM sekali lagi menjadi kucar -kacir kehidupan mereka sebagai pelajar. Mereka terlibat dalam demontrasi, menentang dasar-dasar AUKU, menjadi aktivis Gamis, JIM dan Ikram.  Akibatnya ramai pelajar yang dipecat dari pengajian mereka seperti yang berlaku di Al Azhar , contoh lain ialah Mat Sabu yang dipecat dari ITM Shah Alam, Hishamudin Rais [tukar tiup] yang lari ke England kerana terlibat dalam tunjuk perasaan bersama Anwar Ibrahim 1972.

1998 ramai pelajar univerti yang cemerlang dipecat kerana terlibat dengan demo reformasi menentang kerajaan. Dalam perhimpunan bershit 2.0 ramai anak-anak gadis (foto) yang terpesong dengan ajaran sesat Pas telah melibatkan diri dalam kerja-kerja bodoh Pas.

Adalah semua di atas dalam menurut kehendak agama Islam, atau mereka terpedaya dan telah menjadi tentera ahzab?  Pejam mata tanya hati, siapa yang lebih Islam dan siapa yang mengkhianati Islam dan menyeleweng?