Khamis, 29 September 2011

Pas tolak hukum Allah

Tersenyum ! Tidak ada rasa kekesalan di wajah Pas munafik



Pas berdosa terhadap pengikutnya. Selama ini Pas telah menipu umatnya,  pengikut mazhab Pas.

Pas yang bercakap soal hudud dan qisas dan ingin menegakkan hukum Islam dan membangunkan sebuah negara Islam akhirnya ditolak dalam satu mesyuarat bersama yahudi dan nasaro. Mesyuarat bukan mengambil masa berhari-hari tetapi hanya 3 jam( 9pm - 12pm).

Di mana letaknya maruah Pas? Di mana letaknya majlis syura, majlis ulama Pas yang diketuai oleh Nik Aziz?

Majlis ulama dan syura diketepikan oleh mereka yang mewakili Pas malam tadi. Hadi Awang ternyata gagal mempertahan perjuangan Pas yang diperjuangkan selama ini.

PRU 13 semakin hampir, Apa modal Pas sebagai bekalan kempen mereka?

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Segajat (Universal Justice) Pentadbiran Yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Apa yang disebut di atas telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN. Bab-bab muamalat, munakahad semuanya telah tersedia dengan begitu cantik dan teratur oleh kerajaan yang ada.

Pas umpama Kristian yang tahu bahawa selepas Nabi Isa akan lahir seorang lagi Nabi yang bernama Ahmad tetapi sehingga kehari ini mereka menolak ajaran Nabi Muhamad dan mengekalkan perjanjian baru yang langsung tidak sama dengan kitab asal iaitu Injil.

Pas juga tahu bab menegakkan syiar Islam telah lama dibuat oleh Umno BN tetapi mereka tetap menolak dan menafikannya. Pada masa yang sama mereka tetap menggunakan apa yang disediakan oleh kerajaan dengan alasan ia hak rakyat dan menggunakan wang rakyat. Segala kemudahan adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah.

Lihat bagaimana putar belit Pas sama seperti putar belit kaum yahudi dan nasoro.

Allah hari ini telah mendedahkan siapa sebenarnya Pas. Pas hanya sebuah parti politik sama seprti Umno, Pkr dan Dap. Bezanya Umno memperjuangan agama bangsa dan negara. Pas perjuangkan agama palsu sahaja tidak lebih dari itu.

Lihat apa yang Pas laksanakan di Kelantan selama 21 tahun memerintah. Wang rakyat beratus juta diperutukan oleh kerajaan persekutuan tetapi mana hasilnya.

Kedah negeri baru Pas, 93 juta wang JKR untuk pembangunan negeri tidak dilaksanakan.

Sila jawab wahai golongan Ahzab.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.