Selasa, 27 September 2011

Pas tunggu Dap lulus Hudud


Esok Rabu, Pas akan berbincang dengan Dap dan Pkr dalam isu perlaksanaan Hudud di Kelantan. Nik Aziz selaku Menteri Besar sekali lagi bangkitkan isu hudud apabila menjelang PRU.

Ia juga menunjukkan Pas tidak berhasrat untuk melaksanakan Hudud kerana ia merugikan Pas. Pas hanya perlu bercakap soal hudud untuk meraih undi orang Melayu sahaja. Pengundi Melayu di kampun-kampung perlu ditipu dan dibohongi konon agenda Pas ialah membangunkan sebuat negara Islam dan melaksanakan hudud.

Apakah nak laksanakan hudud perlu satu mesyuarat? Pas kata hudud hukum Allah dan siapa yan tak mahu buat hudud jangan duduk di bumi Allah, pergi cari dunia lain, kata Nik Aziz baru-baru ini.

Sepatutnya esok mesyuarat Pas, Pkr dan Dap ialah membincangkan bagaimana nak melaksanakan hudud di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.  Ke empat negeri milik pembangkang, lebih-lebih lagi Kelantan sudah ada prosedur lengkap bagaimana nak laksanakan hudud, bila ia dapat dilaksanakan dan sebagainya. Buka nak bincang nak buat hudud atau tidak.

Pas kena tunggu jawapan Lim Kit Siang dulu kaa? Kena dapat kata puts daripada Anwar kaa?


"Solat tu Wajib. Kalau Dap tak izin kita solat, kita kena mesyuarat dulu utk dapat izin Dap. Lepas Dap izinkan, baru kita boleh solat. Gitu?

Berikut ialah kata-kata dari rakan TM , cuba baca sindiran di atas ,