Kelmarin TM menyiarkan youtube ceramah Ustaz Azhar dengan melabelkan beliau sebagai Ustaz Bodoh. Ia menyebabkan bloggers Pas menyalin dan meletakkan dalam blog mereka, akibatnya ramailah pecacai Pas yang masuk dan menghentam TM dengan bahasa yang kesat, biadap dan kurang ajar.
Lebih dari 100 komen terpaksa dipadamkan kerana tidak releven dan hanya maki hamun tanpa hujah yang bernas. Ada setengah pula menyalin atau copy and paste daripada blog dan harakah.
Paling lucu ialah ugutan standard Pas, kalau TM mati bukan Dr Zambry yang akan uruskan mayat. Ayat standard Pas ini telah berjaya menarik ramai orang-orang tua dan pesara kerajaan untuk menjadi ahli Pas kerana takut tak ada orang yang nak uruskan jenazah.
Ini sebenarnya modal murahan Pas.Kebanyakan pengurusan jenazah baik lelaki dan perempuan kesemuanya diuruskan oleh orang Umno.
Pas kalau urus jenazah pun tak betul banyak bidaahnya. sungguh memalukan. Satu lagi mengenai pembaca Pas, kenapa pilih-pilih tajuk untuk komen, kalau rajin sangat tolong komen semua posting yang telah dibuat terutama mengenai kemunafikan PAS.