Selasa, 20 September 2011

Pemuda Pas Pusat dibelengu pemikiran kuno

Pemuda Pas Pesat ketandusan idea untuk menonjolkan diri bagi menarik perhatian Hadi Awang untuk jadi calon dalam PRU 13.

Ada banyak benda lain untuk tarik perhatian seperti pergi ke Somalia, ke Palestine, terbaru gempa bumi di India. Pergilah dan carilah jihad dan syahid.

Ini dok ulang cerita lama, balik-balik desak Media perdana perlu bebas dari cengkaman politik.

Apa baghal sangat, media perdana mempunyai hak mereka sendiri untuk menyokong siapa yang mereka suka. Tambahan pula media perdana lebih telus dan berietika dalam penulisan mereka.

Kebanyakan media perdana walaupun pro kerajaan dan kebanyakan dimiliki oleh kerajaan atau parti politik tetapi wartawan tetap memberi liputan terhadap pembangkang. Lihat sahaj The Star, Sinar dan beberapa lagi akhbar cina yang banyak penulisan mereka pro pembangkang.

Apakah Pemuda Pas sedar bahawa terdapat banyak media-media baru lebih pro kepada pembangkang seperti Harakah, The Roket kini, Malaysia Today, Malaysiakini, Malaysian Insider dan banyak lagi adalah Pro pembangkang. Jumlah mereka pun lebih banyak berbanding akhbar media baru yang pro kerajaan.

Satu soalan cepumas kepada Riduan Mohd Nor Ketua Penerangan Pas Pusat, bolehkah Harakah bebas dari pengaruh Pas dan bolehkah Harakah memberi ruang satu muka surat kepada Umno?

Jawapannya sudah tentu tidak boleh kerana Harakah adalah milik Pas dan lidah rasmi parti Pas.

Puas hati?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.