Sabtu, 3 September 2011

PM bercuti pun kecoh


PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?
Nigel Aw
Sep 2, 11
10:02pm
Kongsi 2249
Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

NONEKali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.
Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.

Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

najib private jet 020911Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.

Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaanmendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu




Nota Kaki:

Apa lah puak-puak pembangkang, dok teropong Perdana Menteri sampai begitu detail sekali.

Cuba lah hangpa buat check list pada Anwar Ibrahim pula. Sabtu buat kecoh esok terbang ke New York, Sabtu buat demo esok terbang ke Thailand, indonesia, Autralia dan sebagainya.

Tu belum kira- Tian Chua, Nik Nazmi, Teresa Kok, Lim Kit Siang, senyap-senyap hilang , korek punya korek nun di Germany. Buat apa kat sana?

Najib letih ooi...sebulan berpuasa tak berhenti dia bekerja, maklumlah yang jaga negara yang sentiasa menjadi ancaman puak khawarij dan puak komunis, Siang malam Najib bekerja. Bekerja nak pulihkan hubungan dengan negara-negara barat, timur utara dan selatan.

Najib pergi jumpa Pop John Paul , Pas kata Najib nak bawa fahaman kristian, Nasib pergi China Pas kata Najib pro komunis,

Hangpa tau ka, dalam dunia ini Najib kena jaga banyak perkara supaya negara aman damai, rakyat senang cari makan, ekonomi berkembang maju, hubungan diplomatik kena baik.

Hangpa tak tengok kah pulau Spratly sentiasa menjadi rebutan, siapa nak settele masalah tu, Najib juga sebagai ketua negara. kalau dia tak settle, Pas juga yang jadi orang pertama akan kutuk Najib dan Umno.

Lihat isu Pulau Batu Putih dan Pulau Sipadan. Bila Pulau Batu Putih dapat pada kerajaan Singapore Pas naik minyak kutuk Umno dan kerajaan. Bila Sipadan jadi milik Malaysia , Pas senyap buat pekak.

Najib sebenarnya bercuti di Australia adalah untuk berehat minda dan mendapat rawatan intensif terapi lutut, ini kerana benua atau negera down under tersebut ada pakar-pakar Sport theraphy.

Lagi pun minggu ini ramai orang bercuti panjang. Lagi pun sambutan Merdeka tahun ini telah ditetapkan akan di adakan pada 16 September 2011 Jumaat, kira-kira 2 minggu dari sekarang.

Jangan lah percaya sangat dengan Malaysiakini, memang lah pegawai Najib memang boring nak melayan Malaysia kini yang haprak. Kalau beliau bagi tahu kisah yang betul pun Malaysiakini akan pusing cerita juga.. So elok lah jawapan yang diberikan oleh pegawai tersebut.