(Klik ) PROGRAM MOTIVASI PELAJAR ANJURAN AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG
Program Motivasi Pelajar anjuran Ahli parlimen Bukit Gantang mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk sekitar Parlimen Bukit gantang.
Pada awalnya penyertaan yang kami hadkan hanya 100 orang,tetapi sehingga hari ahad lepas kami hanya menerima penyertaan seramai 40 sahaj,oleh itu kami anggarkan mungkin akan dihadiri sekitar 80 peserta .tetapi menjelang petang isnin dan pagi selasa penyertaan mencapai 117 peserta.
kami terpaksa susun semula makanan dan peralatan,allhamdulliah semua berjalan lancar,dan pendaftaran bermula pagi ini (Rabu).dimana seramai 117 peserta mendaftar.
Objketif program ini:
- . Sedar dan faham tanggungjawab diri sebagai seorang murid dan anak.
- Membina keyakinan diri bahawa semua murid berhak mendapat kejayaan yang cemerlang.
- Menyedari bahawa ibu bapa berperanan penting membantu kejayaan setiap individu.
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di sekolah dan dirumah
Pada awal Program Kumpulan Sasaran kami:
Bilangan : 100 Orang
Umur : 10 – 12 tahun / Tahun 4 - 6
NOTA KAKI:
Tindakan Nizar Jamaluddin membawa kanak-kanak sekolah untuk hadir ke kem motivasi di Hutan Simpan Bakau Resort Kuala Sepetang boleh disifatkan sebagai satu pencolekan dan pencerobohan terhadap sekolah.
Perkara seperti ini bukan baru, mereka juga pernah membawa kanak-kanak ini berkhemah di Bukit Merah tahun sebelum ini.
Tindakan mereka dibuat secara haram tanpa mendapat izin dan kebenaran daripada sekolah atau jabatan pelajaran. Tenaga pengajar pula entah dari mana datangnya.
Harap pihak Jabatann Pelajaran Perak dapat menyiasat perkara ini. Sisat juga siapakah guru-guru yang turut sama bersekongkol dengan mereka.
Kenapa Pas harus sibuk dengan motivasi pelajar? Tidak cukupkah program yang diberikan oleh pihak sekolah? Tidak yakinkah dengan sistem pengajaran dan pembelajaran sekolah?
Atau ada agenda tersembunyi. Mungkin Nizar cuba menanam fahaman politik terhadap kanak-kanak agar membenci kerajaan.
Atau ada agenda tersembunyi. Mungkin Nizar cuba menanam fahaman politik terhadap kanak-kanak agar membenci kerajaan.
Kita tidak mahu bila ada kematian atau kecelakaan baru sibuk menuding jari menyalahkan orang lain.