Rupa-rupanya kelahiran Pas hanyanya untuk bermusuh dan berdepan dengan Umno. Sebab itulah Pas tidak pernah berusaha untuk membangunkan umat. Tidak pernah untuk memberikan kebajikan atau menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Apa jua yang disebut oleh pemimpin Pas hanyalah retorik semata-mata.
Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendukung dan penyokong sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air tercinta ini.
60 tahun perjuangan Pas menjadi sia-sia, kerana usaha 60 tahun hanyalah untuk menumbangkan Umno dan BN bukan untuk membangunkan atau menegakkan negara Islam dan Hudud hanya wayang untuk mengaburi mata orang Melayu yang beragama Islam.
- PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakam-Nya.
- Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut.
- Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS.
- Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad.
- Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.
- Tahalluf siasi dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan.
- Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.
- Ulama telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini.
- Ulama telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi.
- Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS.
Jika benar Pas ingin membentuk negara Islam sila ubah perlembagaan parti. [ Rujuk kenyataan Nizar Jamaluddin di dewan DUN Perak] ia amat berbeza dengan kenyataan Dr Harun Din .
Hadi Awang Rabu lepas terpaksa menjadi seorang pejuang yang telah mengangkat bendera putih tanda mengaku kalah kepada Dap dan Pkr......Tahniah kepada barisan kepimpinan Pkr dan Dap yang berjaya memalukan Pas di mata dunia.......budak kecil yang menonton tv selamba saja kata 'PAS BODOH'