Jumaat, 7 Oktober 2011

Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini:





9.29: Bermula hari baru dengan galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan.

9.37 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.



Permohonan Najib dan isteri dibenarkan mahkamah.

9.40 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Liwat Anwar. Peguam-peguam yang mewakili Perdana Menteri dan Isteri terus beredar meninggalkan mahkamah kerana memberi ruang kepada penyokong tegar Anwar duduk.

9.49 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang yang diupah oleh Anwar dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi.

9.50 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.

Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang termasuk tulang Anwar

9.55 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah dan dianggap relevan sebagai pakar.

katanya lagi kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

10:00 pagi: Dr Hoogland memberi sedikit tazkirah mengenai struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.

10.20 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.

Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

10.25 pagi: Dia menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberi Anwar satu salinan laporan itu atas permintaan beliau.

10.28 pagi: Hoogland berkata Anwar mempunyai lumbar sclerosis, yang menjejaskan kaki pesakit-pesakit dan tangan.

“Khususnya, kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher .” kalau ikut berjalan pun dia tak mampu inikan nak 'membelasah' china doll

Katanya beliau telah bertemu Anwar pada 4 Sept, 2004 , dan telah mengadu diserang ketika dalam tahanan polis enam tahun sebelum itu kononnya di belasah oleh Polis

10.32 pagi: Saksi memberitahu Anwar mempunyai masalah untuk membongkok, apa lagi melutut seperti dalam video.

10.36 pagi: Hoogland berkata Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September sehingga 27 September, 2004, memang cukup kronik.

Hoogland memberitahu Anwar merasa sakit di bahagian kiri belakang.

Hoogland ditanya samada masalah akan berulang dan menjawab kadar berulang-ulang ialah 5 hingga 20 peratus.

“Untuk sclerosis, ia 15 peratus.” Ini menunjukkan dia boleh melakukan kerja-kerja berat.

Hoogland kata kemerosotan tulang belakang bukan satu proses biasa, tetapi ia agak normal.

Laporan perubatan Hoogland ditanda sebagai bukti. Hoogland menerangkan pembedahan ke atas Anwar pada 6 Sept, 2004.

Laporan pembedahan Hoogland ditanda sebagai bukti.

11.12 pagi: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit

11.40 pagi: Mahkamah bersambung lagi.

11.46: Hoogland kata tiga bulan selepas pembedahan itu, Anwar pergi lagi ke kliniknya di Munich pada Februari 2005.

Saksi itu berkata pada 7 Feb, dia melakukan pemeriksaan dan mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.

Beliau berkata terdapat kemajuan ketara pada Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak perubahan selepas Anwar dibenarkan keluar dari hospital itu pada 24 Sept, 2004.

“Otot belakang penting mengawal gerakan belakang.” katanya.

11.57 pagi: Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).

Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.

Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.

Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami ‘spinal stenosis’.

(Spinal Stenosis ialah satu penyempitan luar biasa tulang belakang yang boleh berlaku dalam mana-mana daripada kawasan-kawasan tulang belakang. Sakit ini juga akan menyebabkan sakit belakang yang menjalar turun ke kaki. Sakit akan bertambah kuat jika pesakit berjalan hingga terpaksa berhenti rehat).


Hoogland berkata dia menasihati Anwar bergerak dengan perlahan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kecederaan terhadap cakera tulang belakangnya.

“Bila dia bergerak terlalu cepat, ia akan mengakibatkan lebih banyak geseran dan mengakibatkan lebih banyak athritis (sakit sendi).

“Anwar mempunyai athritis teruk cukup kronik,” katanya.

Hoogland berkata kali terakhir dia memeriksa Anwar pada 8 September 2011. Anwar mengalami athritis (sendi) dan spinal stenosis (tulang belakang).

Pakar itu berkata Anwar mempunyai mobiliti terhad pada belakangnya, kebas pada bahagian kiri dan kaki.

Terdapat kesakitan pada sebelah kiri dan kaki kiri. Saksi kata Anwar mempunyai kelemahan pada kaki kirinya.

12.10 tengahari: Doktor itu berkata terdapat beberapa had gerakan belakang Anwar yang apabila dibongkokkan kepada 10 darjah ia akan merasa sakit apa lagi nak meliwat memang tak boleh langsung, sebab meliwat memerlukan pinggang yang cukup kuat untuk menghayun 'anu'

12.18 tengahari: Hoogland memberi keterangan yang Anwar mempunyai masalah di leher pula.

Dia juga menyebut terdapat masalah sendi (athritis) dan stenosis serius pada leher Anwar.

12.25 tengahari: Sankara bertanya samada seseorang boleh melakukan kegiatan dengan menggunakan pinggul. Dr Hoogland berkata ia akan merasakan kesakitan.

12.26 tengahari: Dr Hoogland menjelaskan kepada mahkamah imbasan sinar-X tulang belakang Anwar.

Saksi itu juga menunjukkan pinggul dan bahagian sebelah kiri lebih besar daripada sepatutnya. memang dia Anwar langsung tidak boleh menghayun punggungnya.

01:00 tengahari: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula jam 230 petang.