Sabtu, 22 Oktober 2011

Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah



Nik Aziz menasihatkan supaya pengamal media baru [bloggers/ facebookers/twitters] jangan lempar fitnah, jangan berbohong, jangan putar belit, jangan berbohong, jangan kelentong dan sebagainya.

"Umno sendiri lawan Pas kerana Umno degil, dalam Umno ada penyakit"

"Bloggers Pas umpama doktor untuk mengubat penyakit dengki Umno"

"Tulis secara sembrono menyebabkan blogger bertambah sakit"

"Ha ha..tarik duit, bubuh dalam Bank Islam, Bank Islam tu Pas yang tubuhkah?

"Blogger Pas kena jawab atas butir, Butir apa?"

" Nik Aziz kata bank di Kelantan buat dua akaun kini satu akaun sahaja" Wah hebatnya Nik Aziz, macam lah urusan kewawangan bank Islam dibuat oleh Nik Aziz. Sedar lah Nik Aziz, sistem kewangan Islam dalam Bank buka usaha Pas tetapi adalah sistem yang diusahakan oleh Umno /BN.

Macam mana Nik Aziz menyuruh blogger bercakap benar tetapi Nik Aziz sendiri bercakap berbelit-belit tentang sistem kewangan Islam.

Haha...Nik Aziz kata blogger Pas kena jawab apa juga soalan. Dulu Pas tuduh dan fitnah macam-macam, Umno tak jawab apa pun.

Sekarang Nik mahu bloggers jawab.kenapa sampai begitu sekali wahai pok nik? Mana perginya ularmak Pas.

minit 25.00 Nik Aziz kata dunia ada negatif dan positif, ada regu,ada Pas Islam maka akan ada Pas yang musuh Pas.

Ayat Nik Aziz kata bermaksud, tak sokong Pas maka orang itu akan dibalas di akhirat.

Wah. Nik Aziz sudah pandai tuduh Umno akan mendapat azab diakhirat sebab tak sokong Pas.

Pas samakan Umno dengan kapir, Hoi ceramah Pas ni sama taraf quran kah? Memang sesat sungguh nik aziz ni.

Jangan lah banding Pas dengan Nabi Muhammad wahai Nik Aziz, jauh panggang dari api. Pas bukan ikut quran pun, Pas ambil ayat yang menguntungkan saja, yang tak untung tak ambil, Pas rujuk mazhab lain....Haha tertipu lah semua bloggers Pas yang ternganga mulut nya.

Pas harus sedar bahawa Umno lebih dahulu wujud daripada Pas. Pas wujud kerana pemimpin Pas yang kecewa dan Pas bersumpah dan berjanji di Gunung Semanggol bahawa mereka akan menentang Umno walaupun dimana Umno berada. Janji Pas adalah janji musuh Islam, janji setan.

cukup lah tu, makin lama makin mengarut , makin sesat fatwa pok nik ni.